Cara Buka Akaun Bank Muamalat Online dan Walk-in

Ramai yang berhasrat membuka akaun Bank Muamalat sebab mereka menawarkan 100% patuh syariah, selain itu pegawai bank melayan pelanggan dengan sangat baik.

Bank Muamalat menyediakan pelbagai produk seperti pinjaman, simpanan dan pelaburan.

Berikut kami kongsikan maklumat cara buka akaun Bank Muamalat dan syarat kelayakan pembukaan akaun.

Cara Buka Akaun Bank Muamalat
Cara Buka Akaun Bank Muamalat

Cara Buka Akaun Bank Muamalat

Membuka akaun di cawangan Bank Muamalat sangat mudah sebab hanya perlukan waktu 5 minit sahaja, selain itu Anda dapat bertanya mengenai kelebihan produk Bank Muamalat kepada pegawai bank.

Berikut adalah langkah-langkah pembukaan akaun Bank Muamalat di cawangan.

  1. Pertama sekali Anda perlu buat temujanji Bank Muamalat terlebih dahulu
  2. Selepas itu, pergi ke cawangan Bank Muamalat yang telah Anda pilih
  3. Pastikan Anda membawa kad pengenalan, duit RM100, bil elektrik (untuk dokumen sokongan)
  4. Sesampai di kaunter Anda akan ditanya tujuan datang ke bank, sila beritahu pegawai kaunter bahawa Anda ingin membuka akaun bank Muamalat
  5. Selepas itu, Anda diminta untuk isikan borang pembukaann akaun, lengkapkan borang tersebut dan bagi balik kepada pegawai bank jika telah selesai
  6. Pegawai bank akan minta MyKad/IC/Kad Pengenalan dan minta scan ibu jari Anda
  7. Kemudian, Anda dikehendaki untuk deposit RM100
  8. Kad ATM akan diberikan kepada Anda
  9. Selesai

Untuk makluman, temujanji hanya perlu dibuat bagi urusan seperti berikut:

  • Pembukaan akaun
  • Sebarang transaksi berkaitan Ar-Rahnu

Untuk lain-lain urusan, pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan Bank Muamalat yang terdekat untuk bantuan selanjutnya.

Syarat Buka Akaun Bank Muamalat

Anda perlu membawa syarat dan dokumen berikut.

  • IC/Kad Pengenalan
  • Duit RM100
  • Bil Elektrik

Syarat Buka Akaun Bank Muamalat Bagi Warga Asing

Sekiranya Anda warga asing , sila bawa dokumen berikut:

  • Bil ultiliti (bil air/bil elektrik)
  • Bekerja di Malaysia.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Alamat tetap.
  • Visa dan Pasport belum tamat tempoh.

Jenis Akaun Bank Muamalat

Berikut adalah senarai jenis akaun deposit dan investment Bank Muamalat.

Savings Account-i

Akaun Simpanan-i ialah akaun simpanan berdasarkan kontrak Islam Qard. Qard merujuk kepada kontrak meminjamkan wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (Bank) di mana peminjam terikat untuk membayar balik jumlah gantian yang setara dengan pemberi pinjaman.

Faedah

  • Fungsi Kad Debit Penuh.
  • Akses penuh kepada aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.
  • Akses penuh kepada Perbankan Internet i-Muamalat.

Kadar

  • Akaun Simpanan (Tawarruq).
  • Semua baki pada 0.05% p.a.

Current Account-i

Akaun Simpanan-i ialah akaun simpanan berdasarkan kontrak Islam Qard. Qard merujuk kepada kontrak meminjamkan wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (Bank) di mana peminjam terikat untuk membayar balik jumlah gantian yang setara dengan pemberi pinjaman.

Faedah

  • Fungsi Kad Debit Penuh.
  • Akses penuh kepada aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.
  • Akses penuh kepada Perbankan Internet i-Muamalat.
  • Pelanggan sedia ada kini boleh membuka akaun baharu melalui i-Muamalat (tiada akaun bersama dibenarkan).
  • Akses penuh kepada Perbankan Internet i-Biz (untuk pelanggan bukan individu).
  • Boleh memohon kemudahan perbankan lain cth. Perkhidmatan Terminal Korporat/Terminal e-Pos (untuk pelanggan bukan individu).
  • Urus niaga antara cawangan.
  • Pemindahan dana automatik untuk akaun kutipan.

Basic Savings Account-i (BSA)

Akaun simpanan asas yang menjimatkan dan memberi keistimewaan kepada semua pemastautin tetap dan warga negara.

Faedah

  • Fungsi Kad Debit Penuh
  • Akses penuh kepada aplikasi Mudah Alih i-Muamalat
  • Akses penuh kepada Perbankan Internet i-Muamalat
  • Pelanggan sedia ada kini boleh membuka akaun baharu melalui i-Muamalat (tiada akaun bersama dibenarkan).

ELITE Savings Account-i (ESA-i)

ESA-i & eESA-i disesuaikan khas untuk individu, berumur 45 tahun ke atas, pesara dan mereka yang merancang untuk bersara awal.

ESA-i & eESA-i menawarkan kadar keuntungan yang tinggi dan faedah lain* berbanding akaun simpanan lain (Terma & Syarat dikenakan).

Faedah

  • Kadar Keuntungan Tinggi sehingga 1.68% p.a.
  • Pengeluaran ATM MEPS PERCUMA tanpa had
  • Perkhidmatan pintu ke pintu
  • Sumbangan wakaf (Waqaf) melalui i-Muamalat (melalui Jompay)
  • Perlindungan Takaful PA Pintar
  • Penepian pada “Yuran Perkhidmatan Separuh Tahunan”
  • Kaunter Penjagaan Khas
  • Akses Perbankan Internet i-Muamalat dan aplikasi Mudah Alih

Basic Current Account-i (BCA)

Akaun Semasa-i Asas ialah produk patuh Syariah. Ia terbuka kepada semua warganegara yang Malaysia dan penduduk tetap.

Produk deposit ini dilindungi oleh Perbadanan Insurance Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.

Faedah

  • Fungsi Kad Debit Penuh.
  • Akses penuh kepada aplikasi Mudah Alih i-Muamalat.
  • Akses penuh kepada Perbankan Internet i-Muamalat.
  • Pelanggan sedia ada kini boleh membuka akaun baharu melalui i-Muamalat (tiada akaun bersama dibenarkan).

Fixed Term Account-i

Ini adalah akaun deposit berjangka berdasarkan konsep Syariah Tawarruq / Murabahah Komoditi (iaitu pembelian aset secara tertunda sama ada melalui musawamah atau murabahah dan seterusnya menjual aset tersebut kepada pihak ketiga secara tunai).

Ciri-ciri dan manfaat

  • Kadar keuntungan adalah tetap dan ditentukan terlebih dahulu semasa penempatan
  • Modal dijamin
  • Tempoh fleksibel dan pilihan pembayaran keuntungan seperti bulanan, suku tahunan, separuh tahunan, tahunan atau apabila matang
  • Pilihan memperbaharui prinsip tambah keuntungan
  • Boleh dicagarkan sebagai jaminan untuk kemudahan lain
  • Diinsuranskan oleh PIDM sehingga RM250,000 (Dua Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja)
  • Yuran Pembrokeran diserap oleh Bank
  • Aset asas yang digunakan ialah Minyak Sawit Mentah atau komoditi lain yang diluluskan oleh Syariah
  • Pengeluaran pramatang dibenarkan. Tiada keuntungan akan dibayar kepada pelanggan sekiranya pengeluaran awal atau pramatang untuk kedua-dua Akaun Jangka Tetap-i (FTA-i) dan Akaun Jangka Pendek-i (STA-i).

Savings Account BeeSTAR-i

Akaun semasa asas yang menjimatkan dan memberi keistimewaan kepada semua yang warga Malaysia dan pemastautin tetap.

Faedah

  • Untuk bawah umur 12 hingga 17 tahun dengan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga dengan akses terhad pada Kad Debit-i.
  • Akses penuh kepada Perbankan Internet i-Muamalat (atas permintaan).

Cara Buka Akaun Bank Muamalat Online

Ramai yang bertanyakan, bagaimana cara buat akaun Bank Muamalat online. Kami telah confirm kepada pihak Bank Muamalat, bahawa bagi urusan pembukaan akaun Bank, ia boleh dilakukan melalui cawangan Bank Muamalat sahaja buat masa ini.

Pastikan Anda membawa syarat yang telah kami kongsikan sebelum kena pergi ke cawangan Bank Muamalat.

Cara Daftar Perbankan Internet Muamalat (i-Muamalat)

Kami nasihatkan Anda untuk mendaftar perbankan internet Bank Muamalat, sebab perbankan internet ini boleh bantu Anda memudahkan urusan kewangan Anda.

Urusan seperti bayar bil, check baki, bayar pinjaman, check baki loan dan pemindahan dana boleh dilakukan di perbankan internet.

Syarat Daftar Bank Muamalat Online

Untuk mendaftar internet banking Bank Muamalat, Anda mestilah mempunyai akaun Bank Muamalat terlebih dahulu dan menyediakan:

  • Kad Pengenalan/IC/MyKad
  • Kad ATM Debit
  • Nombor telefon yang berdaftar di Bank Muamalat

Selepas Anda sediakan syarat diatas, sila ikuti langkah-langkah cara daftar Bank Muamalat online banking berikut.

  1. Buka laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my
  2. Klik First Time Registration
  3. Tandakan pada kotak Accept pada Terms and Conditions
  4. Klik Next
  5. Masukkan 16-digit no kad debit/ATM Anda
  6. Masukkan PIN ATM
  7. Pilih identiti MyKAD
  8. Masukkan no MyKAD
  9. Masukkan no telefon Anda untuk dapatkan TAC
  10. Klik Next
  11. Ciptakan Username dan Password yang Anda ingin gunakan untuk log masuk
  12. Pilih satu Security Image
  13. Klik Submit
  14. Selesai

Untuk makluman, Anda dinasihatkan buat pendaftaran menggunakan laptop/komputer agar proses daftar berjaya. Pastikan juga sambungan internet Anda bagus.

Cara Aktifkan Akaun i-Muamalat

Selepas buat pendaftaran di laman web Bank Muamalat, langkah seterusnya iaitu pengaktifan akaun. Sila hubungi customer service Bank Muamalat 1-300-88-8787

Bila dah call, pegawai bank akan tanya maklumat peribadi Anda untuk proses pengesahan, selepas itu akaun i-Muamalat Anda aka di aktifkan.

Selepas itu barulah Anda boleh log masuk i-Muamalat.

Waktu Operasi Bank Muamalat

Semenanjung Malaysia / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

  • Isnin – Khamis – 9.30 pagi hingga 4.00 petang
  • Jumaat – 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari / 2.30 petang hingga 4.00 petang

Sarawak / Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Isnin – Khamis – 9.30 pagi hingga 4.00 petang
  • Jumaat – 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari / 2.00 petang hingga 4.00 petang

Kelantan dan Terengganu

  • Ahad – Khamis – 9.30 pagi hingga 4.00 petang

Bank Muamalat Malaysia Berhad

Ibu Pejabat, Menara Bumiputra,
21 Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur
T : +603 2600 5500

Waktu Operasi Bank Muamalat Selepas PKP

  • Monday 8:45am – 5:45pm
  • Tuesday 8:45am – 5:45pm
  • Wednesday 8:45am – 5:45pm
  • Thursday 8:45am – 5:45pm
  • Friday 8:45am – 12:30pm, 2:30 – 4:45pm
  • Saturday Closed
  • Sunday Closed

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai pembukaan akaun Muamalat.

1. Saya nak buka akaun bank yang baru untuk universiti, so kena buat temujanji online juga ke?

Temujanji di kaunter cawangan perlu dibuat terlebih dahulu bagi sebarang urusan permohonan pembukaan akaun baharu dan transaksi Ar Rahnu.

Temujanji tersebut boleh dibuat terus melalui pegawai Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, melalui laman web appointment online atau juga melalui laman akaun rasmi media sosial Bank Muamalat.

2. Anak saya nak buka akaun untuk University tetapi jadual kelas online penuh. Bolehkah ibu/bapa mewakili anak untuk buka akaun? Atau boleh buat temu janji atas waktu yang kami minta?

Untuk makluman, permohonan pembukaan akaun simpanan bagi pemohon berumur 18 tahun ke atas hanya boleh dibuat oleh pemohon tersebut sahaja.

Namun, Anda boleh mengaturkan tarikh dan masa temujanji terlebih dahulu melalui laman sesawang MAP.

3. Saya nak buka akaun untuk universiti tetapi saya belum cukup 18 tahun. Perlukah bawa ibu bapa/penjaga saya semasa appoinment ke?

Adalah dimaklumkan bahawa bagi urusan pembukaan akaun simpanan untuk pelanggan yang berumur bawah 18 tahun dan bagi tujuan kemasukan ke universiti, pemohon perlu hadir ke cawangan terdekat bersama ibu bapa/penjaga dengan membawa beberapa dokumen yang berikut.

  • Salinan kad pengenalan
  • Bil utiliti
  • Wang deposit sebanyak RM25
  • Surat Tawaran kemasukan Universiti.

Untuk makluman, pelanggan yang ingin membuat permohonan membuka akaun perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

4. Saya nak buat temujanji untuk buka akaun baru untuk gaji saya, apa sahaja yang perlu saya bawa?

Bagi urusan pembukaan akaun simpanan, pemohon perlu hadir ke cawangan terdekat bersama beberapa dokumen yang berikut;

  • Salinan kad pengenalan
  • Bil utiliti
  • Wang deposit sebanyak RM100
  • Surat Tawaran bekerja

Pastikan Anda telah buat temujanji dahulu sebelum pergi ke cawangan bank Muamalat.