Cara Buka Akaun Ambank Online dan Walk-in 5 Minit

Sekarang Anda boleh membuka akaun Ambank melalui 2 cara iaitu secara online dengan memanfaatkan ciri yang tersedia dalam aplikasi AmOnline dan pergi ke cawangan Ambank.

Ambank merupakan sebuah bank yang terkenal dengan pelanggannya yang tersebar di pelbagai wilayah di Malaysia.

Jika selama ini Anda perlu ke pejabat cawangan terdekat untuk membuka akaun baharu, kini Anda boleh membuka akaun secara online.

Ambank menyediakan kemudahan kepada orang ramai dengan menyediakan perkhidmatan membuka akaun baharu secara dalam talian.

Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu lagi datang ke cawangan/kaunter untuk membuka akaun Ambank.

Macam mana caranya? Izinkan kami kongsikan cara untuk membuka akaun Ambank secara dalam talian dan walk-in.

Cara Buka Akaun Ambank
Cara Buka Akaun Ambank

Cara Buka Akaun Ambank Online

Ada 2 cara membuka akaun Ambank melalui online antaranya.

Pembukaan Akaun Ambank Guna Aplikasi AmOnline

Cara membuka akaun Ambank paling mudah adalah melalui aplikasi AmOnline, berikut langkahnya.

  1. Pertama sekali, muat turun aplikasi AmOnline di Google Playstore atau App Store dan AppGallery
  2. Tekan Let’s get started
  3. Klik Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Pembukaan Akaun Ambank
  4. Sekarang, jawab beberapa soalan mudah mengenai gaya hidup dan klik Continue Pembukaan Akaun Ambank Online
  5. Pilih mana satu yang paling sesuai Anda Buka Akaun Ambank
  6. Isikan maklumat peribadi Anda, klik Agree & Continue (ruangan bahagian referral code boleh kosong) Ambank Opening Account Online
  7. Masukkan kod TAC yang dihantar ke SMS, klik Confirm
  8. Selepas itu, imbas MyKad Anda dengan mengambil gambar kedua-dua bahagian imbas MyKad
  9. Seterusnya, ambil swafoto untuk Ambank sahkan ianya sememangnya Anda
  10. Lengkapkan butiran pekerjaan Anda
  11. Semak semua maklumat Anda setelah Anda selesai untuk memastikan semuanya tepat. Klik Agree & Continue
  12. Akhir sekali, Anda perlu memindahkan minimum RM20 menerusi FPX ke dalam akaun baharu Anda bagi mengesahkannya Transfer Duit Ambank
  13. Pilih nama pengguna (username) dan kata laluan (password), klik Continue
  14. Tahniah, akaun Anda berjaya dibuka
  15. Tunggu dan Anda akan menerima kad debit baharu Anda dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja

Nota: Kad debit akan dihantar ke alamat surat menyurat dalam masa 5 – 7 hari bekerja selepas akaun berjaya dibuka melalui AmOnline.

Sila baca juga cara daftar Ambank online banking.

Pembukaan Akaun Ambank Online Melalui Laman Web

Berikut langkah cara pembukaan akaun Ambank guna laman web.

  1. Buka borang permohonan pembukaan akaun Ambank
  2. Pilih jenis produk atau akaun yang Anda inginkan
  3. Isikan maklumat peribadi Anda, klik Submit
  4. Tunggu staff Ambank menghubungi Anda

Cara Buka Akaun Ambank di Cawangan Walk-in

Syarat-syarat untuk membuka akaun Ambank:

  • 18 tahun dan ke atas.
  • Bawa RM200 untuk membuka akaun.

Sila pergi ke mana-mana cawangan Ambank yang berdekatan, pastikan Anda membawa:

  • Kad Pengenalan
  • Surat Lantikan Bekerja dari majikan
  • Penyata gaji atau bil utiliti untuk sokongan

Langkah membuka akaun Ambank di kaunter.

  1. Kunjungi cawangan Ambank dengan membawa syarat yang telah kami kongsikan diatas.
  2. Kami nasihatkan Anda untuk pergi jam 7 pagi ke cawangan untuk dapatkan no giliran.
  3. Beritahu atau tanya kepada staff bank bahawa Anda ingin buka akaun Ambank.
  4. Isikan borang pembukaan akaun yang diberikan oleh staff, isikan maklumat peribadi Anda dengan betul.
  5. Staff akan minta kad pengenalan dan dokumen sokongan.
  6. Tunggu 5 minit, akaun Ambank Anda dah siap. Anda akan diberikan kad debit serta merta.
  7. Selesai.

Waktu Operasi Ambank

Kunjungi cawangan pada hari dan waktu bekerja berikut.

Cawangan di Peninsular Malaysia

  • Monday-Thursday (Sunday-Wednesday for East Coast) 9.00 a.m. to 4.30 p.m.
  • Friday (Thursday for East Coast) 9.00 a.m. to 4.00 p.m.

Cawangan di Ssabah dan Sarawak

  • Monday-Thursday 8.45 a.m. to 4.15 p.m.
  • Friday 8.45 a.m. to 3.45 p.m.

Self-Service Machines Operating Hours

  • 6.00 a.m. to 10.00 p.m. daily

Cheque Processing Cut-Off Time

  • 4.00 p.m

Maklumat lanjut, Anda boleh hubungi

AmBank Customer Care
Level 18, Menara AmBank
No. 8, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

  • Email/Emel : customercare@ambankgroup.com
  • Fax/Faks : 603-21713171

Itu sahaja perkongsian kali ini semoga bermanfaat.