Pada masa ini, pembukaan akaun Agrobank boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan dan mengikut arahan pendaftaran untuk membuka akaun Agrobank.
Anda boleh membuka akaun baharu melalui laman web Agrobank dan melalui kaunter. Agrobank juga menawarkan jenis simpanan yang boleh Anda pilih mengikut keperluan Anda. Berikut adalah maklumat lengkap tentang akaun Agrobank.

Cara Buka Akaun Agrobank Secara Online
Berikut merupakan langkah-langkah cara pembukaan akaun Agrobank melalui online.
- Pertama sekali, sila buka laman website https://www.agrobank.com.my
- Klik Online Account Opening.
- Sila baca kelayakan untuk pembukaan akaun Ambank. Jika dah baca, klik Apply Now.
- Sila masukkan data asas atau maklumat peribadi Anda, pastikan maklumat yang Anda masukkan betul. Klik Submit.
- Bila Anda dah tekan butang submit, pada paparan seterusnya Anda akan ada 4 step yang mesti Anda selesaikan.
- Type of Customer: Pilih New Agrobank.
- I Choose Nearest Agrobank Branches: Sila pilih dekat mana cawangan Agrobank mana yang Anda nak hadir apabila Anda dah buat step nih.
- Type of Account: Pilih Individual
- Purpose of Account Opening: Pilih Saving
- Savings Account: Pilih AgroPerdana-i (APi)
- Klik Next.
- Step yang seterusnya adalah Personal Information, sila isikan data peribadi Anda dengan betul. Klik Next.
- Do you like to apply Agro Visa Debit Card-i? Sila pilih Yes untuk dapatkan kad debit.
- Pada bahagian FATCA, sila pilih No.
- Sila baca Self Declaration, kemudian pada bahagian AQAD Statement sila tick atau tandakan √
- Pada bahagian Our Terms and Conditions, sila tick atau tandakan √, kemudian klik Next.
- Pada step terakhir, sila bayar initial deposit kepada Agrobank melalui online banking.
- Bank Information, sila isikan dengan lengkap dan betul. Tujuan dari maklumat ini adalah untuk pulang balik intial deposit.
- Klik Pay.
- Nanti buku dan kad debit datang ambil di cawangan yang Anda pilih.
- Anda akan menerima SMS notifikasi untuk hadir ke cawangan Agrobank yang dipilih dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Sila bawa MyKad, resit bayaran dan bil utiliti (sekiranya alamat tempat tinggal tidak sama seperti Mykad) untuk tujuan pengesahan dan pengaktifan akaun.
Bank Information: Maklumat ini diperlukan untuk agrobank mengembalikan deposit awal sekiranya pelanggan gagal melawat cawangan dalam tempoh 7 hari bekerja atau pembatalan/penamatan perkhidmatan oleh pelanggan atau Agrobank.
Anda perlu membawa resit pembayaran/nombor rujukan dan dokumen yang diperlukan iaitu Kad Pengenalan seperti yang dimaklumkan melalui SMS / e-mel.
Kelayakan Pembukaan Akaun Agrobank Secara Online
Perkhidmatan pembukaan akaun online ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang memegang MyKad / MyTentera yang sah sahaja yang ingin membuka akaun dengan Agrobank tanpa mengira sama ada pelanggan adalah pelanggan baru / sedia ada Bank.
- Individu WARGANEGARA MALAYSIA berumur 18 tahun ke atas.
- Memiliki nombor telefon bimbit dan email yang sah beserta alamat kediaman tetap di Malaysia.
- Bukan Warganegara, Bukan Penduduk Tetap/Penduduk Tetap selain dari pemegang MyKad adalah tidak dibenarkan membuat permohonan secara dalam talian.
Jenis Akaun Yang Ditawarkan
- Akaun Simpanan/Giro : i) AgroTani-i PLUS dengan deposit minimum RM50.00 ii) Agro Perdana-i (Qard) – Akaun Penyata dengan deposit minimum RM100.00.
- Deposit Berjangka : Agro PrimaS – Akaun Penyata dengan deposit minimum RM500.00.
- Keahlian Sahabat Agro perlu membuka dua (2) jenis akaun diatas.
- Pembayaran deposit permulaan semasa permohonan dalam talian ini diperlukan bagi pembukaan akaun di atas.
Pelanggan dikehendaki melakukan pemindahan wang secara online sebagai deposit permulaan bagi sebarang pembukaan akaun secara online sama ada bagi akaun Simpanan/ Berjangka. Berikut adalah deposit permulaan yang perlu dibayar:
Cara Buka Akaun Agrobank di Cawangan Agrobank
Sekiranya rumah Anda berdekatan dengan cawangan Agrobank, Anda boleh membuka akaun di cawangan Agrobank tersebut. Sila ikuti langkah di bawah ini.
- Pergi ke cawangan Agrobank terdekat, sila untuk membawa kad pengenalan dan duit untuk deposit.
- Beritahu pegawai/guard bank bahawa Anda ingin buka akaun Agrobank.
- Ambil nombor giliran.
- Apabila nombor giliran Anda dipanggil, pegawai bank akan minta kad pengenalan dan syarat yang diperlukan.
- Selepas itu, Anda perlu isikan borang yang diberikan oleh pegawai bank, bagi balik borang tersebut setelah Anda lengkapkan kepada pegawai bank.
- Pegawai bank akan minta untuk bank in atau deposit untuk pembukaan akaun.
- Buku dan kad debit akan diberikan selepas Anda selesaikan bank in atau deposit.
- Selesai.
Cara Daftar Agrobank Online Banking
Selepas Anda mendapatkan kad debit Agrobank, kami nasihatkan Anda untuk mendaftar Agrobank online banking. Agrobank online banking akan memudahkan Anda membuat pelbagai transaksi perbankan secara online.
Sila baca artikel cara daftar Agrobank online banking agar Anda proses pendaftaran Agrobank online banking dapat berjaya.