Cara Block Kad Bank Maybank Melalui Online Telefon

Bagaimana cara block kad bank Maybank yang hilang atau tercicir? Bagi Anda pelanggan yang belum tahu cara menyekat kad bank yang hilang agar duit dalam akaun bank tidak dicuri, kami akan kongsikan step cara atasi masalah tersebut.

Kad bank yang hilang ini boleh disebabkan oleh kesalahn pelanggan atau kerana jenayah yang dilakukan terhadap pelanggan, seperti dicuri dan terkena penipuan.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepada kad bank yang hilang, termasuk penyalahgunaan oleh penjenayah. Anda dikehendaki untuk mengetahui step yang perlu Anda lakukan dengan segera jika kad bank Maybank hilang atau tericir.

Cara Block Kad Bank Maybank
Cara Block Kad Bank Maybank

Cara Block Kad Bank Maybank Online

Bagi kemudahan pelanggan, sekatan kad (kad ATM/debit) boleh di lakukan menerusi Maybank2u dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, sila login www.maybank2u.com.my
  2. Setelah itu pilih Settings.
  3. Pilih Cards.
  4. Kemudian pilih Manage Debit Cards.
  5. Pilih Debit Card – Replace & Block.
  6. Pilih Block Card di menu pilihan 3 titik.
  7. Lepas tu pilih Confirm.

Tiada akaun Maybank2u? Tak perlu bimbang, sila baca cara daftar Maybank2u secara online.

Cara Block Kad Bank Maybank Melalui Telefon

Bagi pelanggan yang tidak mempunyai akses dan akaun Maybank2u, Anda tidak perlu risau, pihak Maybank boleh memberikan bantuan untuk melakukan pembatalan/block kad bagi tujuan keselamatan.

Untuk bantuan tersebut, sila hubungi 1300886688 seterusnya Anda akan diminta maklumat mengenai nama penuh, nombor telefon dan jenis kad (debit/kredit) Anda.

Cara Buat Kad Debit Maybank Baru di Cawangan

Sekiranya Anda ingin buat kad debit baru, Anda boleh buat permohonan penggantian kad debit di mana-mana cawangan Maybank berhampiran.

Anda akan di kenakan caj sebanyak RM12.00 bagi kad debit dan RM50.00 bagi kad kredit.

Sila bawa bersama kad pengenalan Anda sewaktu permohonan tersebut, bagi tujuan pengesahan.

Cara Block Kad Bank Maybank Melalui Facebook

Anda juga boleh hubungi pihak Maybank untuk melakukan penyekatan kad bagi tujuan keselamatan. Untuk bantuan tersebut, sila PM (private message) Maybank nama penuh, nombor telefon dan jenis kad (debit/kredit) Anda di Facebook rasmi Maybank (https://www.facebook.com/Maybank).

Itulah step cara block kad debit Maybank yang hilang atau dicuri, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.