Cara Bayar Bil Elektrik Online TNB Melalui BSN

Sekarang ini elektrik telah menjadi keperluan utama bagi sesiapa sahaja. Di Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan pembekal elektrik utama untuk rakyat Malaysia. Penggunaan elektrik akan dikenakan bayaran (bil) yang perlu dibayar setiap bulan.

Jika dahulu, bayar bil elektrik kena beratur terus di kaunter. Tetapi kini membayar bil elektrik dah sangat mudah.

Sebab pada masa ini TNB telah bekerjasama dengan pelbagai bank di Malaysia bagi memudahkan pelanggan yang ingin membayar bil elektrik setiap bulan.

Cara Bayar Bil Elektrik Online TNB Melalui BSN
Cara Bayar Bil Elektrik Online TNB Melalui BSN

Cara Bayar Bil Elektrik Online TNB Melalui BSN

Salah satu bank yang telah bekerjasama dengan TNB ialah Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN sebagai salah sebuah bank terbesar di Malaysia telah menyediakan beberapa cara untuk membayar bil elektrik secara online.

Salah satu cara yang paling mudah dan pantas ialah melalui myBSN. Dengan membayar bil elektrik Anda melalui myBSN, Anda boleh membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Selain itu, dengan myBSN, Anda tidak perlu lagi beratur di bank atau kaunter TNB untuk membayar bil elektrik.

Berikut cara bayar bil TNB online melaui internet banking BSN.

  1. Sila login myBSN Anda.
  2. Pastikan Username dan sekuriti Image betul. Klik Yes.
  3. Seterusnya masukkan Password Anda. Klik Login.
  4. Untuk bayar bil elektrik, pilih Payments.
  5. Pilih Category, klik Utilities.
  6. Payee Name, pilih TNB. Klik SubmitCara Bayar Bil Elektrik Online
  7. Setelah itu, From Account sila pilih account mana yang ingin Anda ambik.
  8. Payment To, sila pilih New Biller. Cara Bayar Bil Elektrik TNB BSN
  9. Bill Account No, masukkan nombor akaun TNB elektrik. Untuk lihat contoh, sila klik View Sample.
  10. Masukkan Amount yang Anda nak bayar. Klik Submit.
  11. Seterusnya, Anda perlu check balik adakah nombor akaun bayaran tu betul dan amount yang Anda nak bayar tu betul, jika betul klik Submit.
  12. Untuk dapatkan resit atau receipt, klik Get ReceiptBayar Bil Elektrik Online TNB
  13. Selesai.

Cara Bayar Bil TNB Melalui ATM BSN

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun BSN internet banking atau myBSN sila baca panduan cara daftar BSN online.

Di bawah ini merupakan langkah cara membuat pembayaran melalui ATM BSN.

  1. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  2. Tekan Terima/Accept butang berwarna hijau.
  3. Pilih Bahasa Malaysia.
  4. Pilih Bil Utiliti.
  5. Pilih Elektrik.
  6. Masukkan nombor akaun bil elektrik Anda, tekan YA.
  7. Semak semula butiran, jika semua betul tekan YA.
  8. Ambil resit dan simpan.

Cara Bayar Bil TNB Melalui CDM BSN

Di bawah ini merupakan cara bayar bil TNB melalui CDM BSN.

  1. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  2. Tekan Bahasa Malaysia.
  3. Tekan Bil Utiliti.
  4. Tekan Elektrik.
  5. Masukkan no akaun bil elektrik Anda, tekan YA.
  6. Check semula butiran, jika semua betul tekan YA.
  7. Sila masukkan wang dalam keadaan yang baik, selesai masukkan wang tekan Teruskan.
  8. Semak jumlah wang, jika betul tekan YA.
  9. Ambil resit dan simpan.

Itulah beberapa cara untuk membayar bil elektrik melalui BSN. Dengan kaedah di atas, Anda akan mudah membuat pembayaran bil elektrik. Semoga maklumat yang kami kongsikan bermanfaat.