Cara Bayar AEON Credit Melalui Online dan ATM BSN

AEON Credit ialah kemudahan kredit yang disediakan oleh AEON Group. Melalui perkhidmatan ini, Anda boleh membeli barangan idaman Anda dengan segera. Seperti memohon pinjaman peribadi atau membuat pinjaman untuk membeli motosikal.

Sekiranya Anda telah mempunyai pinjaman di AEON Credit, tentu sahaja Anda akan menerima bil bulanan dengan jumlah mengikut harga barang dan tenor (jangka masa) yang telah ditetapkan oleh AEON.

Terdapat banyak cara untuk membayar bil AEON Credit, salah satunya melalui ATM dan BSN online banking (myBSN). Melalui mySBN, Anda boleh membayar AEON Credit tanpa perlu keluar rumah.

Cara Bayar AEON Credit BSN
Cara Bayar AEON Credit BSN

Cara Bayar AEON Credit Melalui BSN Online

Bagi Anda yang sudah mempunyai akses kepada BSN online banking, Anda boleh menggunakan step berikut untuk membayar bil AEON Credit Anda.

Di bawah ini adalah langkah cara pembayaran AEON Credit melalui myBSN.

  1. Pertama sekali, sila login ke akaun myBSN Anda.
  2. Klik menu Payment.
  3. Klik Bill Payment.
  4. Klik Loan.
  5. Pilih AEON Credit Service.
  6. Masukkan Nombor Perjanjian/Nombor Kad Kredit Anda.
  7. Masukkan Jumlah Pembayaran, klik Submit.
  8. Sahkan butiran transaksi dan klik Mohon TAC (Request TAC).
  9. Masukkan Nombor TAC dan klik Confirm.
  10. Sila cetak resit untuk rujukan Anda.
  11. Selesai.

Bagaimana jika belum mempunyai akaun myBSN? Tak perlu risau, sila baca cara register BSN online banking bahasa melayu untuk mendapatkan akaun myBSN.

Cara Bayar AEON Credit Melalui ATM BSN

Kunjungi ATM BSN terdekat dan pastikan Anda membawa kad ATM BSN seterusnya ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan kad debit BSN Anda.
  2. Sila pilih Bahasa Malaysia
  3. Pilih Payment/Bayaran
  4. Pilih Other Loan/Pinjaman Lain.
  5. Pilih AEON.
  6. Masukkan Jumlah Pembayaran.
  7. Masukkan Nombor Perjanjian/Nombor Kad Kredit Anda.
  8. Pilih YES untuk meneruskan transaksi.
  9. Ambil resit untuk rujukan Anda.

Cara Bayar AEON Credit Melalui Kaunter

AEON juga menyediakan cara pembayaran melalui kaunter, berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Kunjungi kaunter BSN terdekat.
  2. Ambil nombor giliran, selepas nombor giliran Anda di panggil. Sila beritahu bahawa Anda ingin membuat pembayaran AEON Credit.
  3. Pegawai kaunter akan minta nombor perjanjian dan wang untuk pembayaran. Caj atau kos adalah RM1.
  4. Ambil resit yang diberikan oleh pegawai kaunter.

Sekiranya Anda mendapat masalah ketika membuat pembayaran, Anda boleh hubungi no telefon AEON credit customer service untuk mendapatkan bantuan.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara bayar AEON Credit online melalui myBSN dan ATM, semoga bermanfaat.