Cara Batalkan IBG Transfer Maybank Secara Online

Pindahan IBG Maybank adalah jenis pemindahan wang yang dibuat melalui Maybank. IBG bermaksud Inter-Bank Giro, yang merujuk kepada pemindahan wang antara bank.

Dengan menggunakan perkhidmatan pemindahan IBG, Anda boleh menghantar wang ke akaun bank lain menggunakan platform perbankan Maybank. Pindahan wang boleh dibuat secara dalam talian guna maybank2u atau melalui juruwang di cawangan Maybank.

Sekiranya Anda ingin cancel interbank giro Maybank ataupun ingin tahu cara batalkan IBG transfer Maybank, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dibawah ini.

Cara Batalkan IBG Transfer Maybank
Cara Batalkan IBG Transfer Maybank

Cara Batalkan IBG Transfer Maybank

Jika Anda telah tersalah transfer ke akaun bank lain ataupun nak cancel IBG transfer sebab duit tidak masuk akaun penerima, kami nasihatkan Anda untuk segera menghubungi customer service ataupun kunjungi cawangan Maybank yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Call Customer Service Maybank

Untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank, Anda boleh menggunakan salah satu cara berikut:

1. Menghubungi nombor telefon Maybank 1-300-88-6688.

Nombor telefon Khidmat Pelanggan Maybank boleh didapati di laman web Maybank atau dengan mencari di mesin carian internet Google.

2. Menghubungi Maybank melalui akaun media sosial seperti Facebook atau Twitter.

Anda boleh mengirim mesej kepada Maybank melalui laman sosial tersebut untuk mendapatkan bantuan.

  • Facebook: https://www.facebook.com/Maybank
  • Twitter: https://twitter.com/MyMaybank

3. Menghubungi Maybank melalui aplikasi Maybank.

Anda boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank secara dalam talian.

4. Menghubungi Maybank melalui laman web https://www.maybank2u.com.my

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank melalui borang hubungi yang disediakan di laman web Maybank.

Sekiranya Anda memerlukan bantuan atau ingikan semakan berkaitan dengan akaun bank Anda, pastikan Anda mempunyai butiran seperti nombor akaun dan bukti transfer untuk memudahkan Khidmat Pelanggan Maybank membantu Anda.

Kunjungi Cawangan Maybank

Sebelum Anda pergi ke cawangan Maybank, pastikan Anda membawa kad pengenalan dan bukti salah transfer.

  1. Ambil nombor giliran customer service Maybank.
  2. Tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
  3. Beritahu staff bank bahawa Anda tersalah transfer, lepas tu tunjukan bukti transfer.
  4. Staff bank akan melakukan semakan dan membantu selesaikan masalah Anda.

Jangan ambil sebarang tindakan sebelum berbincang dengan pihak Maybank, kerana ia boleh membuat situasi Anda semakin sukar untuk diselesaikan.

Kami nasihatkan Anda untuk rujuk jadual IBG transfer Maybank terlebih dahulu.

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan dan jawapan mengenai transfer Maybank.

1. Saya salah bankin duit ke acc orang lain RM1000, mohon dapat di bantu?

Harap maklum bahawa jika ia melibatkan kes penipuan, pihak Maybank akan cadangkan Anda untuk membuat laporan dengan pihak polis (PDRM) dan mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan dengan membawa dokumen sokongan (resit transaksi dan laporan polis) untuk laporan lanjut.

2. Boleh dapat balik wang nya ke kalau dah bawa resit tu?

Lazimnya, ianya bergantung kepada siasatan yang telah dijalankan oleh unit berkenaan Maybank.

3. Kalau saya tersalah transfer dari maybank2u ke BSN macam mana?

Pertama sekali, Anda perlu berhubung dengan pihak bank penerima tersebut untuk semak sama ada nombor akaun yang Anda masukkan wujud atau tidak wujud di bank tersebut.

Jika nombor akaun yang Anda masukkan tidak wujud di pihak bank penerima, maka jumlah pindahan tersebut akan dipulangkan kembali ke akaun penghantar dalam tempoh 3 hari waktu bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Sekiranya nombor akaun penerima tersebut wujud, Maybank cadangkan Anda untuk membuat laporan dengan pihak polis (PDRM) dan mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan dengan membawa dokumen sokongan (resit dan laporan polis) untuk laporan lanjut.

Pemulangan semula wang tersebut adalah tertakluk kepada status siasatan serta kebenaran pihak penerima.

4. Macaam mana kalau saya tersalah transfer dari acc CIMB ke acc Maybank?

Bagi transaksi pindahan dari bank lain, Maybank akan sarankan Anda untuk merujuk terus kepada pihak bank penghantar (CIMB Bank) bagi semakan dan bantuan lanjut.