Cara Bank In Duit Public Bank

Ada begitu banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Public Bank seperti perkhidmatan simpanan, pelaburan, pinjaman dan lain-lain.

Seiring dengan perkembangan zaman dengan teknologi, kini perkhidmatan bank telah disepadukan dengan teknologi dan sokongan perkhidmatan sistem dalam talian untuk memudahkan pelanggan berurus niaga atau menggunakan perkhidmatan perbankan.

Tapi adakah Anda tahu macam mana cara masukkan duit dalam Public Bank? Berikut kami kongsikan panduan cara bank in duit Public Bank melalui ATM, CDM, Kaunter dan banyak lagi.

Cara Bank In Duit Public Bank

Cara Bank In Duit Public Bank Melalui CDM

Ikuti langkah-langkah cara Bank In Duit Public Bank melalui CDM (Tanpa Kad)

  1. Kunjungi Mesin CDM Public Bank yang berhampiran.
  2. Pertama, klik Enter.
  3. Klik Teruskan.
  4. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  5. Kemudian, klik Masuk Tunai.
  6. Masukkan Nombor Akaun Anda.
  7. Pastikan Nombor Akaun dan Nama Penerima betul.
  8. Klik Ya.
  9. Seterusnya, klik Teruskan.
  10. Masukkan Jumlah Wang ke dalam ruang yang disediakan.
  11. Klik Ya untuk sahkan transaksi Anda.
  12. Ambil resit transaksi sebagai bukti.
  13. Selesai.

Selepas Anda masukkan duit dalam Public Bank, sila semak baki akaun Public Bank untuk mengetahui baki akaun terkini.

Cara Bank In Duit Public Bank Secara Instant Transfer (IBFT)

Anda juga dapat Bank In Duit secara Instant Transfer (IBFT)

  1. Buka laman website Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Masukkan User ID Anda.
  3. Sahkan Security Phrase.
  4. Masukkan Password akaun Anda.
  5. Klik Login.
  6. Selepas Anda login, klik Fund Transfer.
  7. Pilih Other Bank Account>Instant Transfer.
  8. Seterusnya, klik To Other Account.
  9. Pada laman berikutnya, Anda mesti mengisi ruang-ruang yang tertera.
  10. Masukkan Nombor Akaun yang Anda ingin hantarkan wang.
  11. Pada Beneficiary Bank, pilih bank yang dimiliki oleh akaun penerima.
  12. Pada Beneficiary Account No, masukkan nombor akaun bank penerima.
  13. Pada Beneficiary Account Type, pilih Savings/Current Account.
  14. Pada Other Payments Details, masukkan sebarang butiran mengenai transaksi.
  15. Masukkan rujukan pada Recipient Reference.
  16. Pada Transaction Amount(RM), masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  17. Klik Accept.
  18. Periksa semula transaksi Anda.
  19. Klik Request PAC Now.
  20. Masukkan kod PAC yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  21. Klik Confirm.
  22. Selesai.

Cara Bank In Duit Public Bank Melalui Kaunter

Cara ini cukup mudah, kerana Anda hanya perlu kunjungi cawangan Public Bank.

  1. Kunjungi cawangan Public Bank yang berhampiran.
  2. Bincangkan kepada pegawai Public Bank bahawa Anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Anda akan diserahkan borang permohonan. Isikan borang permohonan tersebut, pastikan Anda masukkan jumlah dan nombor akaun Anda.
  4. Serangkan wang Anda serta borang permohonan.
  5. Dalam tempoh yang dimaklumkan oleh staf tersebut, Anda akan tahu bila wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Anda.
  6. Selesai.

Tak ingat no akaun Public Bank? Sila baca artikel lupa no akaun Public Bank.

Cara Bank In Duit Public Bank Melalui (Cheque)

Berikut ini cara Bank In Duit Public Bank melalui (Cheque):

  1. Jika Anda sudah mendapatkan Cek, sila check nama penuh Anda pada cek dan pastikan jumlahnya betul.
  2. Pastikan juga ejaan bayaran juga betul.
  3. Sekiranya Anda sudah yakin semuanya betul, Anda dapat menulis nama penuh Anda pada bahagian belakang cek.
  4. Pada bahagian belakang cek, masukkan Nombor Akaun Bank Anda dan Nombor Handphone Anda.
  5. Jika Anda sudah selesai mengisi cek, kunjungi cawangan Public Bank terdekat untuk semak deposit cek Anda.
  6. Seterusnya, pergi ke mesin CDM. Ikuti arahan yang tertera pada skrin CDM.
  7. Pilih Deposit Cek.
  8. Kemudian, masukkan Nombor Akaun yang tertera pada belakang cek.
  9. Pastikana nama yang tertera pada skrin dan jumlahnya sama.
  10. Masukkan cek tersebut pada ruang yang disediakan.
  11. Ambil resit Anda.
  12. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk proses deposit Anda.
  13. Selesai.

Cara Bank In Duit Public Bank Melalui Inter Bank Giro

Cara Bank In Duit terakhir iaitu Bank In Duit melalui Interbank Giro, ikuti langkah-langkahnya:

  1. Buka website rasmi Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Sila login ke akaun Public Bank Anda.
  3. Selepas Anda login, klik Fund Transfer>Other Bank Account.
  4. Kemudian, klik Interbank Giro (IBG).
  5. Pilih To Other Account.
  6. Pada From Account, isikan nombor akaun Anda.
  7. Pada Payment Type, pilih Funds Transfer.
  8. Masukkan Nama Penerima.
  9. Pilih Akaun Bank Penerima.
  10. Masukkan Nombor Akaun Penerima pada Beneficiary Account No.
  11. Pada Recipient Reference, masukkan rujukan penerima yang berkaitan dengan transaksi.
  12. Pada Transaction Amount (RM), masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
  13. Pada Optional Information, isikan jenis pengenalan penerima dan nombor kad pengenalan penerima.
  14. Klik Request PAC Now.
  15. Masukkan kod PAC yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  16. Klik Confirm.
  17. Tahniah, Bank In Duit Public Bank Anda berjaya.

Itulah panduan cara bank in duit Public Bank. Diharapkan maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.