Cara Bank In Duit Maybank Guna CDM dan Kaunter

Sekarang ini memasukkan wang ke dalam akaun Maybank tidak perlu kena pergi ke bank, sebab pelanggan Maybank boleh menyimpan wang ke akaun dengan memasukkan wang tunai di mesin CDM (Cash Deposit Machine) atau mesin deposit tunai.

Melalui mesin CDM Anda boleh memasukkan wang ke dalam akaun Anda sendiri atau transfer wang ke akaun bank lain. Kewujudan mesin CDM memudahkan pelanggan menjalankan pelbagai urusan kewangan tanpa perlu ke kaunter.

Antara sebab mesin CDM lebih mudah diakses adalah kerana ia mudah didapati dan tidak perlu beratur terlalu lama seperti di cawangan Maybank. Anda boleh membuat transaksi seperti deposit tunai dan bayaran tunai.

Cara Bank In Duit Maybank
Cara Bank In Duit Maybank

Cara Bank In Duit Maybank di CDM

Pertama sekali, Anda mesti tahu lokasi mesin CDM (Cash Deposit Machine) Maybank. Biasanya mesin CDM boleh Anda temui di cawangan Maybank.

Sekiranya Anda telah menemukan mesin CDM, sila ikuti langkah berikut.

  1. Sila beratur terlebih dahulu, selepas giliran Anda sila tekan mana-mana butang pada mesin untuk mula.
  2. Kemudian pilih Bahasa Malaysia untuk memudahkan proses bank in.
  3. Skrin akan memaparkan gambar yang menerangkan kertas-kertas duit yang diterima dan akan ditolak. Pilih YA. Cara Bank In Duit Maybank di CDM
  4. Lepas tu, pilih DEPOSIT TUNAI.
  5. Masukkan no akaun penerima, iaitu no acc bank Anda sendiri, pastikan nombor akaun tersebut betul, tekan YA.
  6. Sila semak nama dan no akaun bank yang tertera. Jika dah betul, masukkan duit pada slot yang telah dibuka. Pilih TERUSKAN. Bank In Duit Maybank di CDM
  7. Mesin CDM akan mengira jumlah wang tersebut. Lepas tu, tertera jumlah duit yang telah dikira. Sekiranya jumlah duit dah betul, pilih YA. Jika salah, pilih TIDAK. Apabila Anda mahu menambah lagi duit, pilih TAMBAH WANG.
  8. Selepas Anda pilih YA, mesin akan memproses deposit Anda.
  9. Ambil resit yang keluar dari mesin CDM.
  10. Selesai.

Kami nasihatkan Anda untuk semak baki akaun Maybank untuk melihat sejarah transaksi dan baki akaun terkini.

Cara Bank In Maybank di Kaunter

Satu lagi cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun Anda adalah melalui cawangan Maybank yang berhampiran. Di cawangan Maybank, Anda akan dibantu oleh staff dan pegawai bank.

  1. Sila datang ke pejabat cawangan Maybank yang berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Isi borang deposit.
  4. Tunggu giliran Anda.
  5. Di hadapan staff bank, beritahu bahawa Anda ingin deposit tunai.
  6. Berikan borang yang telah Anda isikan tadi, wang Anda dan buku bank Maybank.
  7. Staff bank akan mengesahkan semula data dan memprosesnya.
  8. Jika dah selesai, staff bank akan memberikan salinan borang atau slip deposit tunai.
  9. Selesai.

Kelebihan dan Keburukan Bank In Maybank Guna CDM

Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bank in Maybank melalui CDM. Kelebihan dan kekurangan adalah berkaitan dengan kaedah, masa, dan kecekapan. Berikut adalah beberapa kelebihan:

  • Transaksi 24 jam.
  • Menjimatkan masa.
  • Praktikal dan mudah digunakan.

Bukan sahaja kelebihan, terdapat juga keburukan kaedah ini. Berikut adalah keburukan mendepositkan wang tunai Maybank di mesin CDM:

  • Jumlah wang yang didepositkan adalah terhad.
  • Mesin ATM hanya menerima wang dalam keadaan baik.
  • Deposit wang hanya boleh RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100.

Tak Boleh Bank In Maybank

Kadang-kadang proses deposit tunai melalui ATM boleh gagal kerana beberapa sebab, berikut adalah beberapa sebab mengapa proses deposit tunai gagal:

  • Wang pecah, lipat ataupun rosak
  • Mesin CDM rosak
  • Sistem Error

Untuk memudahkan urusan kewangan Anda, Anda boleh menggunakan perbankan internet Maybank2u. Ini adalah antara perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh Maybank bagi memudahkan pelanggan melakukan transaksi. Sila baca cara daftar Maybank2u agar proses pendaftaran berjaya.

Sama seperti perbankan mobile banking, internet banking Maybank2u juga boleh diakses melalui telefon bimbit, tablet dan PC melalui aplikasi pelayar internet atau aplikasi Maybank2u.