Cara Bank In Duit Bank Islam

Sekarang deposit tunai atau bank in duit Bank Islam lebih mudah kerana ATM deposit tunai atau dikenali sebagai mesin Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam boleh didapati di banyak tempat. Anda tidak perlu lagi beratur panjang ketika ingin deposit tunai Bank Islam, Anda hanya perlu datang ke ATM terdekat dan sediakan wang yang ingin Anda deposit kan.

Bank in duit Bank Islam melalui CDM boleh dilakukan pada bila-bila masa selama 24 jam. Selain itu, jika Anda ingin mendepositkan wang tunai Bank Islam melalui ATM, semak semula wang yang Anda depositkan dalam keadaan sangat baik supaya wang tersebut tidak ditolak oleh mesin CDM.

Bank in duit melalui mesin CDM tentunya lebih praktikal dan menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur di bank yang kadangkala sangat sesak sebab ramai pelanggan. Di bawah adalah kaedah bank in duit Bank Islam melalui CDM atau terus di pejabat cawangan terdekat.

Cara Bank In Duit Bank Islam

Cara Bank In Duit Bank Islam Melalui CDM

Ikuti langkah-langkah cara Bank In Duit Bank Islam melalui CDM berikut:

  1. Pergi ke CDM Bank Islam yang berhampiran.
  2. Tap screen CDM di mana sahaja.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Pada Sila Pilih UrusNiaga Anda, pilih Bank Islam Deposit Wang.
  5. Seterusnya, masukkan nombor akaun penerima, nombor akaun Anda.
  6. Klik Ya.
  7. Masukkan Nama Penuh Anda.
  8. Masukkan Nombor akaun Anda.
  9. Pastikan maklumat akaun Anda betul.
  10. Masukkan Wang Anda ke slot yang disediakan.
  11. Klik Teruskan.
  12. Kemudian, tertera jumlah wang Anda di skrin (pastikan betul).
  13. Klik Pasti jika betul, klik Batal/Cancel jika salah.
  14. Ambil resit transaksi Anda.
  15. Selesai.

Cara Bank In Duit Bank Islam Melalui Cheque

Anda juga dapat Bank In Duit Bank Islam melalui Cheque:

  1. Jika Anda sudah mendapatkan cek tersebut, check nama penuh Anda serta jumlah pada cek pastikan jumlahnya betul.
  2. Sekiranya semuanya sudah betul, Anda dapat menulis nama Anda di bahagian belakang cek.
  3. Masukkan juga nombor akaun bank dan nombor handphone Anda pada bahagian belakang cek.
  4. Sila kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
  5. Kemudian, pergi ke mesin CDM.
  6. Pilih Deposit Cek.
  7. Masukkan nombor akaun yang tertera di belakang cek.
  8. Check nama yang tertera pada skrin.
  9. Jika betul, isikan jumlah cek (RM)
  10. Masukkan cek tersebut pada slot yang tersedia.
  11. Tunggu resit Anda.
  12. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit Anda.
  13. Selesai.

Baca juga: Cara Transfer Duit Dari Bank Islam ke Bank Lain

Cara Bank In Duit Bank Islam Melalui Kaunter Bank Islam

Ikuti cara Bank In Duit Bank Islam melalui Kaunter Bank Islam:

  1. Pergi ke cawangan Bank Islam yang berdekatan.
  2. Ambil nombor giliran Anda, kemudian maklumat kepada pegawai Bank Islam bahawa Anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Seterusnya, Anda akan diberi borang. Isikan borang tersebut mengenai maklumat akaun Anda serta jumlah wang yang akan dimasukkan.
  4. Serahkan wang Anda.
  5. Tunggu beberapa saat.
  6. Selesai.

Bank In Duit Bank Islam Online

Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, Anda perlu mendaftar Bank Islam internet banking terlebih dahulu.

  1. Buka laman web https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID
  3. Masukkan Password
  4. Tekan butang Login
  5. Klik TRANSFER FUNDS, pilih WITHIN BANK ISLAM dan pilih THIRD PARTY untuk memindahkan wang dalam akaun anda ke akaun penerima yang juga adalah akaun Bank Islam.
  6. Pada bahagian From Account, tertera akaun anda.
  7. Pada bahagian Transfer Type, pilih Fund Transfer to Savings/Current.
  8. Pada bahagian Transfer Amount, masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
  9. Pada bahagian Recipient Type, pilih Open Recipient.
  10. Pada Recipient Account, masukkan nombor akaun penerima.
  11. Pada Recipient Reference, masukkan butiran mengenai pindahan wang ini.
  12. Pada laman seterusnya, tertera maklumat transaksi anda. Semak semula dan pastikan semuanya betul.
  13. Pada i-Access Code, tekan Request i-Access Code. Anda akan menerima SMS di telefon anda yang mengandungi i-Access Code. Masukkan kod tersebut di ruang yang disediakan.
  14. Tekan Back sekiranya anda ingin mengubah apa-apa, atau tekan Cancel untuk membatalkan transaksi anda.
  15. Tekan Confirm untuk mengesahkannya.
  16. Transaksi anda berjaya.
  17. Selesai

Sekiranya lupa nombor akaun Bank Islam, boleh baca artikel lupa nombor akaun Bank Islam.

Sebab Gagal Bank in Duit

Pasti Anda sendiri sering merasa jengkel kenapa duit yang Anda masukkan ke mesin CDM selalu ditolak oleh mesin tersebut. Nah, berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan wang Anda ditolak oleh mesin.

  • Wang rosak atau koyak
  • CDM rosak
  • Sistem error
  • Mesin CDM bukan bank Islam

Itulah langkah cara bank in wang Bank Islam, semoga maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.