Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Akaun M2U Anda tidak boleh diakses atau tidak boleh log masuk maybank2u? Mungkin akaun M2U Anda termasuk ke dalam status Dorman.

Akaun Dorman adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan, adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif.

Akaun Simpanan akan dianggap sebagai Dorman jika akaun tersebut tidak mempunyai transaksi untuk tempoh berterusan selama 12 bulan (tidak termasuk pendebitan caj atau pengkreditan faedah).

Akaun Semasa akan dianggap sebagai Dorman jika akaun berada di bawah syarat-syarat berikut:

  • Akaun dengan Baki Kredit – tiada transaksi untuk satu (1) tahun.
  • Akaun Overdraf (OD) – tidak ada transaksi selama 3 bulan.

Sekiranya akaun Anda mempunyai status Dorman, pihak Maybank akan menghantar notis ke alamat surat-menyurat yang berdaftar untuk mengingatkan Anda untuk mengaktifkan akaun Anda atau memberi arahan yang diperlukan ke atas pelupusan baki kredit.

Jika baki akaun Anda adalah sebanyak RM10 atau kurang, pihak Maybank juga akan memaklumkan hasratnya untuk menutup akaun berkenaan.

Pihak Maybank akan menghantar peringatan kedua sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Anda (iaitu pengaktifan akaun atau pelupusan baki kredit) dalam tempoh 3 bulan selepas notis pertama.

Jika masih tiada jawapan selepas notis kedua, bank boleh meneruskan untuk menutup akaun tersebut dan menyerap baki yang ada sebagai yuran perkhidmatan.

Untuk akaun dengan baki melebihi RM10, akaun akan dikenakan yuran dorman perkhidmatan sebanyak RM10 setahun sehingga baki terakhir atau sehingga 7 tahun, yang mana lebih awal.

Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Adakah cara yang dapat saya lakukan untuk mengelakan status akaun Dorman?

Cara yang paling mudah untuk memastikan bahawa terdapat beberapa transaksi yang dibuat dalam akaun Anda, iaitu Anda harus membuat transaksi pengeluaran atau deposit wang di kaunter, walaupun dalam jumlah yang kecil, contoh RM30.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengaktifkan akaun dorman:

  • Anda sebagai pemegang akaun hadir sendiri di mana-mana cawangan bersama dokumen pengenalan diri yang sah dan memohon untuk mengaktifkan akaun dorman. Sila bawa kad pengenakan/pasport, kad ATM dan buku simpanan.
  • Anda sebagai pemegang akaun harus melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di kaunter.
  • Anda sebagai pemegang akaun menghantar surat atau memulangkan Notis yang dihantar oleh bank memohon untuk mengaktifkan semula akaun dormant tersebut. Tandatangan pemegang akaun pada surat/notis mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
  • Pihak ketiga menyediakan surat pengesahan daripada pemegang akaun yang memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk membuat deposit ke dalam akaun. Tandatangan pemegang akaun pada surat pengesahan tersebut mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.

Facebook

Sila cuba aktifkan semula m2u internet banking Anda melalui Facebook Maybank.

Berikut langkah-langkah cara mengaktifkan semula Maybank2u:

  1. Sila log masuk akaun Facebook Anda.
  2. Cari Facebook Maybank Malaysia atau buka pautan https://web.facebook.com/Maybank
  3. Sila hantar mesej atau PM (Private Message), bagitau maksud Anda bahawa Anda ingin aktifkan semual akaun Maybank2u.
  4. Seterusnya pihak bank akan tanya problem Anda secara detail dan akan meminta detail informasi Nama Penuh, IC no dan nombor telefon.
  5. Selepas itu, staff Maybank akan menghubungi Anda dan informasi detail lagi nama penuh, IC no, nombor telefon, no Account dan 16 digit nombor kad ATM Anda.
  6. Pihak bank akan suruh Anda untuk log masuk di sistem Maybank2u untuk memastikan akaun M2U Anda telah aktif.

Telefon Maybank

Cara lain untuk mengaktifkan kembali akaun Maybank2u Anda boleh menggunakan sambungan telefon di talian 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas).

Sila bagitau maksud Anda kepada pegawai bank, bahawa Anda ingin mengaktifkan semula akaun M2u Anda.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai kad maybank hilang, akaun dorman, wang tidak dituntut dan akaun tamat tempoh. Sila hubungi customer service Maybank di talian 1300 886688, pegawai bank akan sedia membantu Anda menyelesaikan masalah.