Cara Aktifkan Kad Debit BSN

Ramai korang yang tertanya-tanya bagaimana nak aktifkan kad ATM BSN untuk pembelian atas talian, perkhidmatan perbankan SMS dan transaksi luar negara.

Sebetulnya mudah sahaja, Anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini untuk aktifkan kad debit BSN Anda untuk pelbagai transaksi tersebut.

Cara Aktifkan Kad Debit BSN

Cara Aktifkan Kad Debit BSN Online

Apa itu pembelian atas talian? Pembelian atas talian merupakan satu bentuk dagangan elektronik yang membenarkan pengguna untuk membeli barangan atau perkhidmatan secara terus daripada rakan niaga melalui internet menggunakan pelayar sesawang.

Kenapa pembelian atas talian saya tidak aktif? Berdasarkan arahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk mengelakkan pemegang kad daripada menjadi mangsa pembelian atas talian, debit langsung dan penipuan kad.

Sekiranya saya mahu aktifkan fungsi pembelian online macam mana?

Cara aktifkan kad debit BSN untuk pembelian online boleh dilakukan dengan mudah, Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi pembelian atas talian melalui saluran-saluran berikut:

  • ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN
  • Pusat Hubungan Pelanggan BSN
  • Di mana-mana cawangan BSN

Cara cepat aktifkan perkhidmatan atas talian BSN boleh menggunakan myBSN, sila membuat akaun online melalui panduan cara daftar BSN online.

Kami syorkan Anda untuk mengaktifkan fungsi pembelian online di cawangan BSN agar Anda mendapatkan maklumat lebih detail daripada pegawai bank.

Cara Aktifkan Kad Debit BSN Melalui SMS

Sekiranya Anda mahu mendaftar untuk perkhidmatan perbankan SMS berikut langkah-langkah yang mesti Anda lakukan:

Sila Anda pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat dan daftarkan nombor bimbit telefon Anda. Selepas itu 4 digit UAC akan diberikan kepada Anda melalui cetakan pada Borang SMP-1. Apabila pendaftaran berjaya Anda lakukan, Anda akan menerima SMS:

  • M-PIN (6 digit)
  • 2 digit UAC

Cara mengaktifkan perkhidmatan perbankan SMS BSN sangat mudah iaitu, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Masukkan ACT<ruang>M-PIN<ruang>6 digit UAC (4 digit + 2 digit), seterusnya hantarkan kepada BSN SMS kod pendek (36898) atau kepada penyedia perkhidmatan telefon bimbit Anda:

  • 019-2866180 (Celcom)
  • 017-3776180 (Maxis)
  • 014-3386180 (DiGi)

Tahniah! Anda kini sudah boleh menikmati kemudahan perkhidmatan perbankan SMS BSN.

Cara Aktifkan Kad Debit BSN di Luar Negara

Adakah Anda mahu pergi ke luar negara? Sekiranya ya, pastikan Anda sudah mengaktifkan perkhidmatan Transaksi Luar Negara atau Overseas Transaction

Apa itu Transaksi Luar Negara atau Overseas Transaction? Adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna membeli barangan di luar negara atau mengeluarkan duit di ATM (Visa Plus) di luar negara seperti yang dibenarkan oleh Bank kepada Ahli Kadnya dengan menggunakan Kad Bank.

Transaksi Luar Negara juga merujuk sebagai saluran untuk menjalankan aktiviti perbankan seperti pindahan duit, bayaran bil, melihat dan menyemak baki akaun simpanan dan membeli instrumen kewangan.

Cara mengaktifkan kad debit BSN di luar negara:

  • ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN
  • Pusat Hubungan Pelanggan BSN
  • Di mana-mana cawangan BSN

Kami syorkan Anda untuk mengaktifkan fungsi transaksi luar negara atau Overseas Transaction di cawangan BSN agar Anda mendapatkan maklumat lebih detail daripada pegawai bank.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, Anda boleh menghubungi :

  • Pusat Khidmat Pelanggan (24 jam)
  • Tel : 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara)
  • Faks : 03-2613 1888 (Umum), 03-2688 0888 (Kad Kredit)
  • Email: customercare@bsn.com.my

Itulah maklumat cara aktifkan kad debit BSN untuk membantu aktiviti sehari-hari Anda.