Cara Aktifkan Debit Card Maybank

Adakah Anda tertanya-tanya bagaimana cara mengaktifkan debit kad Maybank untuk transaksi online dan transaksi luar negara.

Dengan mengaktifkan ciri tersebut, kad maybank Anda boleh digunakan di luar negara untuk tujuan seperti pengeluaran duit daripada mana-mana mesin ATM.

Sebetulnya mudah sahaja, akaunbank sudah sediakan langkah-langkah untuk aktifkan kad debit Maybank untuk transaksi tersebut.Cara Aktifkan Debit Card Maybank

Syarat Aktifkan Debit Kad Maybank

Syarat untuk pengaktifkan debit kad Maybank di dibawah mesti Anda penuhi terlebih dahulu, iaitu:

  • Mempunyai kad debit Maybank.
  • Mempunyai nombor telefon aktif yang telah berdaftar di Maybank.
  • Mempunyai Internet banking Maybank atau M2u online banking.
  • Mempunyai IC atau kad pengenalan.

Sekiranya Anda belum atau tidak mempunyai akaun Maybank2u online, sila mendaftar dahulu. Tutorial cara daftar maybank2u online.

Cara Aktifkan Debit Card Maybank di Luar Negara

Cara aktifkan kad debit Maybank untuk Overseas Transaction atau transaksi luar negara dapat dilakukan dengan mudah, Anda boleh aktifkan atau menyahaktifkan fungsi ini melalui saluran-saluran berikut:

  • Pusat Hubungan Pelanggan Maybank
  • Perbankan Internet Maybank2u

Prosedur Pengaktifan Debit Kad Maybank

Untuk mengaktifkan debit kad maybank Anda, terdapat 2 perkara yang mestilah dilakukan, iaitu:

  1. Pengaktifan dari pihak Maybank.
  2. Pengaktifan dari pihak pemilik kad melalui maybank2u.

Kedua perkara diatas mestilah dilakukan untuk membolehkan transaksi online luar negara seperti menjual barang di ebay, amazon ataupun membeli barang dari luar negara secara online.

Pengaktifan Debit Card Dari Pihak Maybank

Cara ini boleh dilakukan sebelum Anda pergi ke luar negara.

Langkah pertama, iaitu Anda mesti menghubungi pihak Maybank untuk proses pengaktifan.

  1. Sila dail di nombor 1-300-88-66-88.
  2. Sambungkan terus pada operator, tekan 0 untuk disambungkan pada operator Maybank.
  3. Beritahu maksud Anda bahawa Anda mahu mengaktifkan perkhidmatan luar negara kepada operator.
  4. Operator akan melakukan pengesahan identiti Anda seperti, nombor debit card Anda, nama Anda seperti dalam IC/kad pengenalan, nombor IC Anda, nombor akaun maybank dan no telefon yang didaftarkan dengan maybank. Sila beritahu operator maklumat tersebut.
  5. Seterusnya operator akan membaca terma dan syarat, pastikan Anda bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
  6. Tahniah, sekarang kad ATM Maybank Anda sudah aktif.

Cara aktifkan debit card maybank menggunakan M2U

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun M2U sila ikuti langkah seterusnya.

Langkah kedua, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka www.maybank2u.com.my lalu log masuk.
  2. Pilih menu Settings, menu ini terletak di sebelah kanan atas.
  3. Seterusnya klik menug Cards.Pengaktifan Debit Card Maybank
  4. Pilih Overseas Debit Card Activation.Aktifkan Debit Kad Maybank
  5. Klik switch untuk tukar status kad menjadi Enable.Overseas Transaction Maybank
  6. Seterusnya, sila tentukan tarikh aktif untuk kad Maybank Anda. Had masa maksimum kad debit Anda aktif bagi fungsi transaksi online atau luar negara ini adalah setahun.
  7. Klik butang Activate.
  8. Sila klik pada Request for TAC untuk mendapatkan kod pengesahan dan masukkan kod TAC tersebut lalu tekan Confirm.
  9. Tahniah, sekarang kad ATM Maybank Anda sudah aktif.

Sekarang kad Anda boleh digunakan untuk keperluan luar negara, sekiranya Anda mahu Anda boleh tingkatkan had limit semasa melancong diluar negara .

Untuk tukar limit penggunaan, klik pada simbol PEN/Pencil, kemudian pilih daripada pilihan bermula dari RM0 hingga RM5,000. Klik butang Save untuk simpan tetapan.Cara Tukar Had Limit Maybank

Sila klik pada Request for TAC untuk mendapatkan kod pengesahan dan masukkan kod TAC tersebut lalu tekan Confirm.

Faq Aktifkan Debit Kad Maybank

Ramai korang yang keliru bagaimana nak aktifkan perkhidmatan overseas transaction sekiranya korang tersebut telah berada di luar negara.

Tenang sahaja, penyelesaian yang boleh dilakukan untuk kes tersebut iaitu dengan membuat panggilan ke Customer Service Maybank +603-7844 3696.

Nombor customer service Maybank boleh Anda dapati juga di belakang kad debit Anda.

Sila guna nombor telefon yang ada dalam negara tersebut untuk menghubungi customer service Maybank.

Pihak Maybank dapat menolong Anda untuk terus mengaktifkan kad debit Anda tanpa perlu melalui prosedur sudah kami beritahu diatas.