Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online Tanpa Introducer

Sekarang ini membuka akaun semasa Maybank menjadi lebih mudah, sebab pemohon boleh buka akaun melalui online.

Sekiranya Anda pemilik perniagaan kecil-kecilan, Anda boleh cuba mohon akaun semasa SME First Account-i.

Berikut kami kongsikan maklumat lengkap cara daftar dan cara buka akaun semasa Maybank secara online.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank
Cara Buka Akaun Semasa Maybank

Kelebihan Akaun Semasa Maybank

Berikut adalah kelebihan dari akaun semasa Maybank SME First Account-i untuk perniagaan.

  • Kemudahan pelbagai perkhidmatan online untuk memajukan lagi perniagaan Anda
  • Membantu peniaga membuat penyata akaun atau semak sejarah transaksi dengan lebih efisyen sebab boleh mengasingkan akaun personal dengan akaun perniagaan
  • Membuat transaksi tanpa had
  • Caj perkhidmatan ialah RM10 setiap setengah tahun, dikecualikan untuk akaun dengan purata baki RM1,000 dalam tempoh ini.
  • RM20 akan dikenakan ke atas penutupan awal akaun dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun.

SME First Account-i dibuka untuk jenis perniagaan berikut:

  • Perniagaan tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat sendirian Berhad
  • Profesional

Jenis Akaun Semasa Maybank

Maybank menawarkan pelbagai jenis akaun semasa untuk membantu perniagaan Anda. Berikut adalah senarai akaun semasa yang ditawarkan oleh Maybank.

  • SME First Account
  • SME First Account-i
  • Sme First Account Invesment Account-i
  • Corporate Current Account
  • Current Account-i
  • Premier Mudharabah Account-i

Untuk makluman, jenis akaun semasa Maybank yang ramai peniaga gunakan iaitu:

  1. SME First Account-i yang dilindungi oleh PDIM.
  2. B. SME First Investment Account-i yang tidak dilindungi PDIM dan dividen lebih tinggi.

Cara Membuka Akaun Semasa Maybank Guna Maybank2u

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun Maybank2u, Anda boleh buat permohonan akaun semasa dengan ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Log masuk akaun Maybank2u Anda.
  2. Klik Apply Online
  3. Klik Open a new Maybank2u.Premier Current Account Akaun Semasa Maybank
  4. Selepas itu, klik Next
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan, ikuti langkah seterusnya sehingga selesai Register Akaun Semasa Maybank
  6. Setelah berjaya daftar, Anda akan mendapatkan nombor akaun semasa Anda.
  7. Penting, sila segera buat pengaktifan akaun semasa Maybank di cawangan yang telah Anda pilih dalam masa 10 hari.
  8. Sekiranya tidak dilakukan pengaktifan akaun dalam masa 10 hari, Anda mesti ulangi langkah diatas.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer

Maybank telah melonggarkan syarat untuk pembukaan akaun semasa sebab introducer tak diperlukan lagi, sila ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Buka pautan web rasmi Maybank SME First Account-i
  2. Klik butang Apply Now Cara membuka Akaun Semasa Maybank
  3. Masukkan semua butiran yang diperlukan dengan betul, masukkan juga nombor pendaftaran SSM Pembukaan Akaun Semasa Maybank
  4. Anda akan mendapatkan Access Code melalui SMS
  5. Selepas itu, sila print butiran akaun dan nombor rujukan yang telah Anda dapatkan.
  6. Langkah seterusnya, Anda mestilah aktifkan akaun semasa Maybank yang telah Anda daftarkan. Sila pergi ke cawangan Maybank yang telah Anda pilih dengan membawa bukti pendaftaran online tadi.

Apa itu Introducer

Bagi Anda yang ingin mengetahui apa itu introducer, berikut kami kongsikan maklumat detailnya.

Dahulu, bank-bank di Malaysia memerlukan introducer bagi membolehkan seseorang untuk membuka akaun semasa atau perniagaan. Introducer adalah seseorang yang dikenali oleh pemohon yang ingin buka akaun syarikat/perniagaan dan introducer tersebut mestilah mempunyai akaun Maybank yang aktif sekurangnya 2 tahun.

Perlu Anda ketahui, introducer tersebut tidak boleh mempunya sejarah buru dalam akaun banknya dan mereka wajib mempunyai cop perniagaan yang jelas dan dapat menunjukan nama perniagaan serta nombor pendaftaran SSM.

Syarat dan Dokumen Buka Akaun Semasa Maybank

Anda dikehendaki untuk membawa semua dokumen dibawah ini sebelum pergi ke cawangan, dokumen ini sebagai syarat buka akaun Maybank

  • SSM Form A
  • SSM Business Info
  • MyKad
  • SSM Certificate Registration
  • Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
  • Deposit RM1,000 (Deposit boleh dikeluarkan semula)

Apabila diperlukan sila bawa juga dokumen berikut.

  • Kad pengenalan atau passport (wajib)
  • Lesen Memandu (sokongan)
  • Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas nama dan alamat anda (sokongan)
  • Letter of employment (sokongan)

Cara Aktifkan Akaun Semasa Maybank

Dokumen dan bukti pendaftaran online dah siap, sekarang kami akan ajar cara pengaktfikan akaun semasa Maybank Anda.

  1. Pertama sekali, bawa dokumen yang diperlukan sebelum pergi ke cawangan Maybank
  2. Sila pergi ke cawangan Maybank yang telah Anda pilih
  3. Selepas sampai di kaunter, tunjukkan nombor rujukan yang telah Anda dapatkan melalui email atau SMS
  4. Pegawai bank akan minta dokumen yang diperlukan untuk proses pengesahan dan pengaktifan akaun Maybank serta perbankan internet (online banking)
  5. Seterusnya Anda akan diberi akses satu lagi akaun online yang berasingan di bawah nama perniagaan yang Anda daftarkan. (Ianya tidak berkait dengan maybank personal Anda)
  6. Pegawai bank akan beritahu dan ajar cara gunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ
  7. Buku cheque boleh request apabila diperlukan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat untuk Anda semua.