BSN Instant Transfer Guna DuitNow BSN Online Transfer

Posted on

Sebelum Anda membuat transaksi kewangan seperti hantar wang ke bank lain guna instant transfer BSN, adalah idea yang baik untuk mempelajari cara pindahan wang dengan cara yang betul.

Macam mana cara BSN instant transfer online? Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak menyediakan perkhidmatan Instant Transfer seperti Maybank2u, namun BSN menggunakan DuitNow untuk hantar wang secara instant atau serta merta.

Berikut kami kongsikan maklumat lengkap mengenai DuitNow BSN dan cara guna DuitNow BSN.

BSN Instant Transfer
BSN Instant Transfer

Apakah Itu DuitNow

DuitNow merupakan perkhidmatan baru yang membolehkan pelanggan bank yang mengambil bahagian untuk transfer dan menerima duit dengan serta-merta dari satu akaun bank ke akaun bank lain, dalam bank yang sama atau ke bank lain dengan hanya menggunakan ID DuitNow mereka.

Semua bank-bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan DuitNow boleh melakukan pemindahan wang, jadi bukan hanya BSN sahaja ya tapi semua bank boleh guna DuitNow.

Untuk membuat pemindahan dana atau transfer wang ke akaun bank lain, Anda hanya perlukan ID DuitNow penerima sahaja. Berikut adalah jenis ID DuitNow:

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Nombor Passport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Nombor Akaun
  • Nombor Tentera atau Polis

Kelebihan DuitNow

Ada beberapa kelebihan DuitNow yang perlu Anda ketahui:

  • Pemindahan dana segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
  • Percuma.
  • Data Anda terjamin dan selamat.
  • Tidak perlu lagi mengingati nombor akaun.

Cara Daftar DuitNow BSN

Sebelum dapat menggunakan perkhidmatan DuitNow, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Berikut kami kongsikan langkah cara mendaftar DuitNow BSN.

  1. Log masuk akaun BSN online atau MyBSN Anda
  2. Pilih Manage Account > DuitNow Settings > DuitNow ID Type > Klik Register.
  3. Pilih Receiving Account daripada senarai.
  4. Masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
  5. Status ID DuitNow anda akan dipaparkan.

Cara BSN Transfer Guna DuitNow

Selepas Anda mendaftar DuitNow BSN, sekarang Anda boleh transfer duit menggunakan perkhidmatan DuitNow, sila ikuti cara hantar wang guna DuitNow BSN berikut.

  1. Log masuk ke myBSN Anda.
  2. Pilih Transfer > Interbank Fund Transfer > DuitNow. Cara BSN Transfer Guna DuitNow
  3. Pilih from Account, masukkan DuitNow ID, Amount, Recipient Reference dan Other Additional info.
  4. Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
  5. Status pemindahan DuitNow Anda akan dipaparkan.

Soalan Lazim

Senarai soalan lazim di bawah ini mungin boleh bantu selesaikan masalah Anda.

1. Saya mempunyai akaun MyBSN tetapi akaun MyBSN saya tak ada di papar menu Transfer, macam mana tu?

Sekiranya dalam akaun MyBSN Anda tidak ada menu transfer, Anda perlu kena call hotline BSN dulu, lepastu mintak pegawai bank aktifkan BSN online banking transfer baru boleh transfer macam biasa.

2. Macam mana cara daftar BSN online banking?

Sila baca artikel cara daftar BSN online banking.

3. Kenapa BSN online tiada Instant Transfer?

Sebenarnya ada, cuma untuk guna instant transfer Anda mesti gunakan mesin ATM di seluruh rangkaian MEPS Pindahan Segera. Instant transfer BSN melalui online dikenali sebagai DuitNow.

Maksimum instant transfer di atm BSN adalah RM30,000 sehari.

4. Berapa limit transfer DuitNow?

Had maksimum harian bagi urusan pindahan melalui DuitNow adalah RM 10,000.

5. Ada cas atau kos tak apabila gunakan DuitNow?

Sekiranya Anda hantar wang melebihi RM 5,000 akan dikenakan caj RM 0.50 bagi setiap transaksi.

6. Di MyBSN saya tak nampak pun menu DuitNow?

Anda perlu ikuti pilihan menu seperti di bawah :

  1. Log masuk ke myBSN
  2. Pilih Transfer
  3. Pilih Interbank Fund Transfer
  4. Transfer type DuitNow

7. Boleh ke bayar kad kredit guna DuitNow

Ya, boleh.

8. Berapa lama lagi masa diambil sekiranya had limit duitnow sudah melebihi had untuk dipulihkan semula?

Had limit maksimum bagi urusan pindahan DuitNow adalah RM 10,000 sehari.

9. Kenapa saya tidak boleh buat bank in?

Sekiranya Anda pelanggan yang baru mendaftar akaun perbankan internet myBSN, selepas pendaftaran pertama kali berjaya dilakukan melalui www.mybsn.com.my.

Anda perlu menghubungi BSN customer service di 1300881900 untuk membuat pengesahan bagi mengaktifkan akaun perbankan internet Anda dan membolehkan urusan perbankan dapat dilakukan melalui myBSN.

10. Kalau nak transfer duit tapi kata unable to process your request kenapa tu? padahal duit dalam akaun cukup pun?

Sistem perbankan internet myBSN beroperasi seperti biasa. Anda dinasihatkan untuk mencuba melakukan urusan pindahan tersebut semula dan sekiranya masih tidak berjaya, mohon hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 untuk semakan status akaun Anda.