Bila Statement Maybank Keluar Print Penyata Bank

Ramai yang bertanya bila statement maybank keluar? Perlu Anda ketahui bahawa penyata transaksi setiap bulan akan dikeluarkan dalam Maybank2u pada minggu kedua secara berperingkat.

Jadi, sekiranya Anda perlu mendapatkan penyata transaksi bulan Mac – Jun, pihak Maybank mencadangkan Anda untuk menyemak/cetak dari Transaction History Maybank2u Anda.

Maksud berperingkat adalah penyata akaun simpanan akan dikeluarkan batch by batch. Ini bermaksud, Anda boleh memantau Maybank2U Anda pada minggu kedua bagi mendapatkan penyata tersebut.

Bila Statement Maybank Keluar
Bila Statement Maybank Keluar

Apa itu Statement Bank Maybank

Penyata bank elektronik atau e-Statement Maybank adalah borang dalam talian atau soft copy penyata akaun perbankan konvensional dan / atau Islamik Anda.

Anda boleh melihat penyata bank melalui 2 cara ini:

  • Melalui Maybank2u, boleh dilihat atau print secara online
  • Melalui e-mel, e-Penyata Anda akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar Anda

Cara Print Detail Transaksi Maybank

Anda tidak perlu bimbang, sebab Maybank sedia membantu Anda. Secara lazimnya, Anda boleh cetak maklumat transaksi jika telah mendaftar kemudahan Maybank2u. Anda boleh merujuk kepada langkah cara dapatkan penyata Maybank berikut:

Maybank2u klasik/lama:

  1. Log masuk akaun Maybank2 Anda
  2. Pilih Accounts & Banking
  3. Tekan GO di ‘View Account Details
  4. Pilih Transaction History

Maybank2U baru:

  1. Log masuk akaun Maybank2uAnda
  2. Pilih Accounts
  3. Pilih My Accounts
  4. Pilih More Options Menu (three dots) (The Preferred Account)
  5. Pilih View Details
  6. Maklumat All Transaction History/Debit Card Transaction/M2U transaction
  7. Pilih Last 30 days/Last 60 days/Last 90 days
  8. Anda boleh mencetak Transaction History menerusi pilihan butang pencetak di browser yang digunakan

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai statement bank Maybank.

1. Saya tak boleh buat print statement untuk 3 bulan hanya bulan 6 sahaja yang boleh, untuk bulan 7 dan 9 tak boleh, kenapa ye?

Perlu Anda ketahui bahawa 3 bulan sekali kuo statement untuk akaun personal. So bulan 9 baru kuo statement untuk bulan 7,8 dan 9.

2. Statement bank untuk bulan 7, 8, 9 berapa hari bulan keluar di maybank2u saya check belum update lagi last bulan 6?

Adakah Anda merujuk kepada penyata akaun simpanan? Untuk makluman, penyata bagi akaun simpanan hanya akan dikeluarkan secara suku tahunan seperti contoh berikut: Jan-Mac, Apr-Jun, Jul-Sep dan Okt-Dis.

Harap maklum, untuk penyata akaun simpanan bagi bulan Julai-September 2023, ia akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Oktober 2023, iaitu selepas 8 hari bulan secara berperingkat. Semakan berkenaan boleh dilakukan di Maybank2u, sebaik penyata tersebut telah tersedia.

3. Macam mana cara nak cek statement di m2u kemudian print melaui HP ya?

Sekiranya jenis akaun Anda adalah akaun semasa, sila ikuti langkah berikut.

Untuk akaun semasa, penyata akan dikeluarkan setiap bulan. Anda boleh mendapatkan penyata tersebut dengan mengikuti langkah berikut :

  1. Log masuk akaun Maybank2u Anda
  2. Pilih Accounts
  3. Pilih My Accounts
  4. Pilih More Options Menu (three dots)
  5. Pilih View Statement
  6. Pilih Statement Date (Top Right)

4. Kalau belum register maybank2u tapi nak tengok statement bank yang tahun lalu boleh ke ye?

Pihak Maybank menasihatkan Anda untuk mendaftarkan Maybank2u online sehingga Anda boleh memuat turun sehingga satu tahun terakhir penyata akaun.

Umumnya, permohonan penyata akaun boleh juga dilakukan di kaunter cawangan Maybank. Caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Penyata akaun dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyata terkini : RM10.00* setiap permohonan + RM1.00* setiap muka surat.
  • Penyata akaun melebihi tempoh 1 tahun dari tarikh penyata terkini : RM20.00* setiap permohonan + RM1.00* setiap muka surat.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.