Bayaran Balik PTPTN

Macam mana cara buat bayaran balik PTPTN? Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.

Pelajar akan diberikan pinjaman kewangan untuk membayar yuran pengajian di universiti serta untuk sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Pinjaman pendidikan PTPTN ini diberikan terbuka kepada mana-mana pelajar yang menyambung pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) tempatan sahaja.

Bayaran Balik PTPTN
Bayaran Balik PTPTN

Bayaran Balik PTPTN

Sekiranya Anda telah mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN dan ingin membuat bayaran balik, Anda mesti membuat bayaran balik selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan. Kenapa? Sebab sistem PTPTN akan mengemaskini bayaran tersebut ke dalam penyata pada bulan semasa.

Sekiranya Anda membuat transaksi bayaran balik selepas tarikh tersebut, transaksi tu akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Namun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN atau Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Jadi, Anda sebagai peminjam boleh membuat bayaran balik mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN tanpa perlu menunggu notis arahan bayaran balik yang diberikan oleh PTPTN.

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN

Ramai yang bertanyakan, macam mana cara buat bayaran balik pinjaman PTPTN? Izinkan kami berkongsi cara membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

PTPTN menyediakan pelbagai cara untuk buat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, berikut adalah pelbagai kaedah bayaran balik PTPTN:

1. Perbankan Internet

Bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat melalui online, berikut adalah senarai perbankan internet atau online banking.

  • Maybank
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Bank Rakyat
  • Pos Online
  • Agrobank
  • Affin Bank
  • CIMB
  • Bank Simpanan Nasional

Contoh bayaran balik PTPTN guna Maybank

  1. Layari laman www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk akaun Maybank2u ANda
  3. Pilih Pay, selepas itu pada ruangan Pay From, pilih Savings Account-i
  4. Pada ruangan Pay To, pilih Payee’. Taipkan PTPTN, Pilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
  5. Isikan Amount, Borrower I.C No, Telephone No dan Effective Date.
  6. Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang Anda ingin lakukan.
  7. Klik butang Pay
  8. Simpan resit untuk rujukan, beri kepada pegawai PTPTN untuk buat semakan dan terima surat pengesahan pembayaran PTPTN.

2. Kaunter

Sekiranya Anda tidak mempunyai perbannkan internet untuk buat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui online, Anda boleh buat bayaran balik di kaunter yang telah disediakan.

  • Cawangan PTPTN di seluruh negara
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Pos Malaysia
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Langkah membuat pembayaran di kaunter:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN atau senarai bank diatas yang berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran
  3. Isikan borang yang diberikan oleh pegawai kaunter (No. Kad Pengenalan, No. Akaun PTPTN dan No. Kontrak atau No. Bill)
  4. Bagi balik borang tersebut kepada pegawai, kemudian bayar pinjaman.
  5. Selesai.

3. Potongan Gaji

Ramai yang tak tahu bahawa bayaran balik melalui potongan gaji mestilah bersesuaian dengan rujukan PTPTN dan potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan.

Selain itu peminjam perlu menghantar borang permohonan lengkap beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN. Borang permohonan kebenaran potongan gaji boleh Anda dapatkan di portal rasmi PTPTN.

4. MyPay PTPTN

Pembayaran secara online melalui Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia (www.mygovmobile.malaysia.gov.my).

5. Guna Kad Kredit atau Kad Debit

Anda boleh buat bayaran balik menggunakan kad kredit Mastercard atau Visa. Sekiranya Anda tidak mempunyai kad kredit, boleh gunakan kad ATM atau kad debit yang mempunyai logo MEPS.

Sila gunakan kad debit atau kad ATM tersebut untuk membuat bayaran balik di mana-mana kaunter PTPTN di seluruh Malaysia.

6. Portal Rasmi PTPTN (FPX)

Senarai bank berikut menawarkan perkhidmatan FPX, jadi Anda boleh buat pembayaran di bank tersebut.

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Public Bank
  • Maybank
  • Ambank
  • Hong Leong Bank
  • RHB Bank
  • United Overseas Bank (UOB)
  • Bank Muamalat
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • CIMB Bank
  • Visa
  • MasterCard
  • American Express

Soalan Lazim

Senarai soalan lazim berikut beserta jawapan boleh bantu Anda dapatkan informasi yang Anda mahukan.

1. Macam mana jika peminjam meninggal dunia selepas mendapatkan pinjaman PTPTN?

Sekiranya peminjam meninggal dunia, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah macam ni:

  1. Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang
  2. Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:
  • Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
  • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

2. Saya ingin membuat penyelsaian penuh atau sekaligus (Full Settlement), boleh tunjuk langkah-langkahnya?

Untuk membuat bayaran balik sekaligus, Anda mestilah mengisi borang permohonan terlebih dahulu. Boarng permohonan tersebut dikenali sebagai Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh Anda download di portal rasmi PTPTN atau di kaunter PTPTN berhampiran.

Selain itu, Anda juga boleh dapatkan borang tersebut dengan cara menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Selepas Anda mendapatkan borang tersebut, sila isi maklumat lengkap dan berikan borang tersebut kepada pegawai kaunter. Lepas tu, berikan wang pembayaran untuk dapatkan bukti pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).

Sebelum membuat bayaran balik, kami nasihatkan Anda untuk layari portal PTPTN untuk dapatkan diskaun bayaran balik PTPTN.

3. Berapakah caj untuk setiap transaksi bayaran balik?

Bayaran balik boleh percuma jika Anda membuat pembayaran melalui perkhidmatan FPX, kaunter PTPTN (Tunai) dan mesin EDC Terminal.

Bayaran balik guna perbankan internet:

Kaunter BayaranCaj Bank (RM)Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
FPX di Portal Rasmi PTPTNTiada1 hari
Bank Islam (www.bankislam.biz)13 hari
Agrobank (www.agronet.com.my)0.53 hari
Public Bank (www.pbebank.com.my)13 hari
Affin Bank (www.affinonline.com)13 hari
RHB Bank (www.rhb.com.my)13 hari
CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my)0.53 hari
Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my)0.53 hari
Ambank (www.ambankgroup.com.my)0.53 hari
Maybank (www.maybank2u.com.my)13 hari
MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my0.53 hari
Bank Rakyat (www.irakyat.com.my)0.53 hari

Bayaran balik di kaunter PTPTN dan ejen-ejen pungutan:

Kaunter BayaranCaj Bank (RM)Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
Bank Islam13 hari
Bank Rakyat0.53 hari
Kaunter Pos Malaysia Berhad27 hari
CIMB Bank23 hari
Bank Simpanan Nasional (BSN)0.53 hari
Kaunter PTPTN (Tunai)Tiada1 hari
Electronic Data Capture (EDC) TerminalTiada3 hari

4. Selepas buat bayaran, adakah resit rasmi bagi bayaran balik yang telah berjaya?

Resit rasmi akan diberikan kepada peminjam yang membuat pembayaran di kaunter PTPTN sahaja. Bagi mereka yang membuat bayaran balik melalui kaunter bank, perbankan internet dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN tidak akan mendapatkan resit.

Peminjam dinasihatkan untuk cetak bukti pembayaran dari perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan untuk rujukan.

5. Macam mana cara semak baki pinjaman PTPTN?

Semakan baki pinjaman PTPTN boleh disemak melalui portal PTPTN.

  1. Log masuk portal PTPTN
  2. Pilih menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online.

Maklumat Lanjut

Sila menghubungi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di alamat

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

  • Careline: 03 – 2193 3000
  • Faks: 03 – 2193 1263

Itulah maklumat mengenai bayaran balik PTPTN, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.