Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u dan ATM

Cara membuat pembayaran pinjaman kereta melalui Maybank2u sangat mudah, hanya perlu beberapa langkah sahaja untuk buat pembayaran secara online.

Pertama sekali, Anda sediakan nombor akaun pinjaman (HP-i Agreement) dan jumlah wang dalam akaun Maybank2u mestilah mencukupi.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara bayar loan kereta guna Maybank2u.

Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u
Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u

Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u

Anda perlu mempunyai akaun Maybank2u terlebih dahulu. Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun Maybank2u, boleh ikuti langkah dibawah.

  1. Layari portal Maybank2u
  2. Masukkan Username klik Login
  3. Pastikan Frasa Keselamatan adalah betul dan klik Yes
  4. Masukkan Password dan klik Login
  5. Klik Pay & Transfer
  6. Klik Transfer
  7. Dekat bahagian Transfer To, pilih Other Account
  8. Pilih bank yang Anda nak membuat pembayaran
  9. Masukkan Nombor Akaun Cara Bayar Loan Kereta Melalui Maybank2u
  10. Masukkan Nama Penerima/Nama Pemilik Akaun
  11. Dekat bahagian Transaction Type, klik pada Loan Payment/Hire Purchase
  12. Masukkan jumlah yang ingin Anda bayar
  13. Set Recurring dan pilih Effective Start & End Dates sekiranya Anda ingin pembayaran Anda ditolak secara automatik setiap bulan untuk bulan-bulan berikutnya.
  14. Masukkan rujukan, Anda boleh masukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kereta atau nombor telefon
  15. Semak semula maklumat yang Anda masukkan tadi, pastikan semua betul dan tepat
  16. Klik Transfer
  17. Anda perlu klik Request untuk pengesahan TAC
  18. Nombor TAC akan dihantar ke SMS Anda, sila semak SMS Anda
  19. Masukkan nombor TAC dan klik Confirm
  20. Pastikan status adalah Successful https://akaunbank.xyz/wp-content/uploads/2022/05/Cara-Bayar-Pinjaman-Kereta-Melalui-Maybank2u.jpg
  21. Bagi yang nak cetak resit pembayaran, Anda klik Save Receipt
  22. Selesai

Sebelum buat bayaran, sila semak baki pinjaman kereta Maybank terlebih dahulu untuk melihat sisa baki pinjaman.

Cara Bayar Loan Kereta di ATM

Sebelum pergi ke mana-mana ATM Maybank, pastikan Anda sudah membawa kad ATM.

  1. Kunjungi mesin ATM terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Tekan Other Transaction.
  4. Tekan Payment
  5. Tekan Express Payment
  6. Tekan Loan/Financing
  7. Tekan Vehicle Loan/Hire Purchase
  8. Tekan Acc.No. or Vehicle no
  9. Tekan Amount
  10. Tekan Account yang ingin Anda gunakan untuk bayar loan
  11. Tekan Confirmation
  12. Transaksi selesai

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai loan kereta.

1. Macam mana jika saya buat loan kereta tapi atas nama mertua saya, maksudnya kereta tu nama dia, tapi saya bayar. Sebelum-sebelum ni kalau nak bayar, saya ke CDM CIMB dan buat deposit disana dengan memasukkan no plat kereta. Jadi kalau saya nak guna maybank2u, account nombor dan nama tu mesti nama mertua saya serta no acc CIMB dia la kan?

Iya betul, nombor akaun dan nama mertua ye.

2. Saya ada masalah, nak hantar dari maybank ke maybank, tapi dia keluar reject code 0076. Dah dua kali try transfer, tetap tak boleh. Keluar code reject yang sama, apa perlu buat?

Ada beberapa sebab sebenarnya antara sebab-sebabnya

  • Status akaun Anda (aktif / tidak aktif, audit trail sudah mencapai jumlah transaksi maksimum).
  • Bagi pindahan, status akaun penerima (aktif atau tidak aktif, audit trail sudah mencapai jumlah transaksi maksimum).
  • Status akaun Anda (sekatan akaun disebabkan terdapat tunggakan bayaran kad kredit atau pinjaman atau sekatan disebabkan perkara lain).
  • Bayaran tidak sama dengan baki tertunggak atau baki bayaran ansuran (bagi kad kredit atau pinjaman).

Semakan lanjut, sila hubungi customer service Maybank.

3. Saya nak tanya, yang bahagian no akaun tu, letak nama akaun bank yang kita nak transfer atau nombor plat kereta?

Nombor akaun bank yang Anda nak transfer ye, no plat boleh letak di bahagian rujukan.

4. Saya nak bayar loan kereta cimb mesti pilih yang mana, pay loan atau hire purchase ye?

Hire purchase dengan loan tu sama ye tapi untuk kepastian cuba Anda call maybank sahaja.

5. No akaun tu mana nak dapat ya? No HP-i Agreement ke?

Iya betul.

6. Number untuk bayar online tu yangg hire purchase account tu kan?

Iya betul. Nombor akaun perjanjian.

7. Saya terpilih duitnow bukan hire purchase, macam mana ye?

Biasanya kalau transaksi tidak berjaya, duit akan dikembalikan semula ke akaun Anda.

8. Kalau saya bayar advance untuk 6 bulan lepas tu dalam masa 6 bulan tu saya tak bayar lagi kereta saya boleh tak? Atau kena bayar juga every month?

Kami nasihatkan, Anda hubungi pegawai Maybank untuk masalah tersebut.