Cara Mohon Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIK 2024

Posted on

Semua orang sibuk dengan persiapan Raya, beli baju baru, masak rendang, tapi kita pulak terpaksa berfikir dua tiga kali nak keluarkan duit sebab terikat dengan masalah kewangan. Macam mana nak seronok sambut Raya kalau kepala duk pikir pasal duit je?

Lagi-lagi kalau ada anak-anak kat rumah, ha, confirm lagi stress fikir camne nak bagi depa rasa kegembiraan Raya tapi duit tak cukup.

Tapi jangan risau, ada jalan penyelesaian tau. MAIK punya bantuan Hari Raya ni memang khas untuk orang macam kita yang terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIK
Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIK

Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIK

Bantuan Hari Raya MAIK ni macam satu bantuan sekali je (one-off) yang diberikan untuk tolong kita cover perbelanjaan dan keperluan sambut Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan ni terbuka untuk golongan fakir, miskin, dan muallaf yang memerlukan duit tambahan nak sambut Raya.

Syarat-syarat

  • Kena Islam la dulu.
  • Pemohon kena rakyat negeri Kelantan dan tinggal kat Kelantan. Kalau bukan, kena ada alamat tinggal kat Kelantan dan tak dapat bantuan dari pusat zakat negeri kelahiran kita.
  • Kena ikut kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin yang telah ditetapkan.

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan/surat beranak kita, pasangan, dan anak-anak.
  • Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank yang aktif (Maybank/CIMB/Bank Islam/Bank Rakyat).
  • Salinan sijil kematian, surat cerai kalau ada (kalau berkaitan la).
  • Salinan slip gaji/penyata pencen kita dan pasangan kalau bekerja, atau kalau takde slip gaji kena ada pengesahan pendapatan.
  • Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, atau apa-apa yang berkaitan (kalau ada).

Kadar Bantuan

Bantuan ni minimum RM300.00 dan maksima RM3,000.00. Tapi, ni boleh tukar-tukar mengikut keadaan dan kelulusan orang kuasa atas tu.

Kaedah Permohonan/Pelaksanaan

  1. Nak minta bantuan, boleh la buat online kat Portal Rasmi MAIK.
  2. Lepas tu, kena download borang pengesahan maklumat pemohon, pastu pergi jumpa imam masjid untuk sahkan.
  3. Dokumen-dokumen kena muat naik dalam sistem e-agihan MAIK.
  4. Kalau permohonan tak lengkap atau ada keterangan palsu, memang akan ditolak punya.
  5. Duit bantuan disalurkan kat ketua isi rumah kecuali kalau ada kes tertentu.
  6. Duit bantuan hanya dibayar dalam bulan Ramadhan.
  7. Boleh buat permohonan dua kali setahun, dari Januari hingga Jun dan dari Julai hingga Disember.

Cara Bayaran

Duit permohonan bantuan MAIK akan disalurkan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) untuk senang kita nak terima duit tu.

Jadi, tu dia panduan ringkas tentang Bantuan Hari Raya MAIK. Memang bagus ada bantuan macam ni, kan? Jadi, jangan malu-malu nak minta kalau betul-betul perlukan.

Anda boleh hubungi MAIK melalui nombor talian +609-7481512, atau kalau nak guna Bebas-Tol, boleh la telefon 1-800-88-6060.

Nak lagi senang, boleh la layari laman web MAIK di https://www.e-maik.my/v2/skim-bantuan/bantuan-hari-raya

Kalau kau prefer guna faks, hantar je ke nombor +609-7485512. Kalau nak emel, boleh je hantar ke alamat emel maik@e-maik.my.