Semak Baki Akaun BSN Melalui Kad Pengenalan IC MyKad

Ramai yang bertanyakan macam mana cara semak baki akaun BSN melalui kad pengenalan?

Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan salah satu bank terbesar dan terbaik di Malaysia. Untuk memudahkan pelanggan, BSN telah memberikan kad ATM dan menyediakan perkhidmanan perbankan online yang dikenali sebagai BSN online (MyBSN).

Pelanggan boleh daftar internet banking myBSN untuk memudahkan transaksi perbankan seperti semak baki, bayar bil, topup, bayar pinjaman dan banyak lagi.

Sekiranya Anda ingin check baki akaun BSN melalui online, Anda boleh baca cara daftar BSN online

Semak Baki Akaun BSN Melalui Kad Pengenalan
Semak Baki Akaun BSN Melalui Kad Pengenalan

Check Baki Akaun BSN Melalui ATM

Bagi Anda yang belum mempunyai akaun BSN online myBSN Anda boleh cuba langkah berikut untuk buat semakan baki akaun BSN menggunakan kad debit ATM.

  1. Kunjungi mesin ATM BSN terdekat
  2. Masukkan kad ATM
  3. Masukkan PIN ATM Anda
  4. Pilih Maklumat Baki
  5. Pilih Akaun Bank
  6. Tunggu sehingga maklumat baki untuk akaun bank BSN Anda dipaparkan di skrin.

Semak Baki Akaun BSN Melalui Kad Pengenalan

Sila cuba langkah-langkah berikut ini untuk mengetahui baki akaun Bank Simpanan Nasional Anda.

  1. Kunjungi cawangan BSN terdekat dengan membawa kad pengenlan/IC/MyKad
  2. Sesampai di bank, beritahu guard/staff bank bahawa Anda ingin check baki akaun BSN
  3. Ambil nombor giliran
  4. Jika nombor giliran Anda dipanggil staff kaunter
  5. Sila maklumkan tujuan Anda, beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin mengetahui baki BSN terkini
  6. Pegawai bank akan membantu Anda

Nota: Jika Anda masih mempunyai buku bank/buku simpanan sila bawa buku tersebut bersama kad pengenalan Anda ke cawangan.

Macam mana jika kad ATM BSN rosak? Tak perlu risau, sila baca cara tukar kad ATM BSN

Pemegang Akaun BSN Mati

Macam mana jika pemilik akaun BSN dah mati? BSN tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat pemilik akaun kepada pihak ketiga. Waris perlu membuat tuntutan kematian bagi akaun pelanggan yang telah meninggal dunia tersebut di cawangan BSN.

Akaun BSN Tidak Aktif (Dorman)

Bagaimana cara aktifkan semula akaun BSN dan dapatkan kad ATM baru?

Jika akaun BSN Anda tidak pernah digunakan untuk transaksi (tiada transaksi dilakukan) oleh Pelanggan dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut, akaun BSN Anda akan dianggap sebagai Akaun Dorman.

Untuk mengaktifkan semula akaun tersebut, pastikan terlebih dahulu jika akaun tersebut tidak aktif melebihi 7 tahun. Sekiranya akaun yang tidak aktif tidak melebihi 7 tahun, sila hadir ke cawangan BSN yang berhampiran untuk mendepositkan minimum RM10 di akaun Anda bagi tujuan pengaktifan semula akaun.

Untuk makluman, mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir akan diklasifikasikan sebagai Wang Tak Dituntut.

Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan baki wang kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk wang tersebut hendaklah dilakukan oleh Pelanggan secara terus melalui Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Terma dan syarat ini telah ditetapkan semasa Anda membuat pembukaan akaun. Untuk bantuan semakan berkenaan status akaun tersebut, mohon hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara semak baki akaun BSN melalui IC semoga bermanfaat.