Cara Daftar Alliance Bank Online Banking

Kemudahan transaksi kini boleh didapati oleh sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan perbankan.

Bukan sahaja di Malaysia, inovasi perkhidmatan perbankan yang menggunakan kecanggihan teknologi juga digunakan di negara lain.

Kecanggihan teknologi ini salah satunya dimanfaatkan oleh Alliance Bank dalam memudahkan transaksi pelanggannya.

Melalui perkhidmatan internet banking dan aplikasi mobile banking, setiap transaksi kini boleh dilakukan di tangan Anda.

Sebelum itu, Anda sebagai pelanggan mesti tahu cara daftar Alliance Bank online banking untuk boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Cara Daftar Alliance Bank Online Banking
Cara Daftar Alliance Bank Online Banking

Cara Daftar Alliance Bank Online Banking

Perkhidmatan perbankan internet benar-benar membantu pelanggan membuat urus niaga lebih cepat dan berkesan.

Di mana sahaja Anda berada, Anda tidak perlu beratur di mesin ATM atau di pejabat cawangan bank, semua transaksi boleh diproses melalui handphone Anda.

Walaupun begitu, pastikan Anda telah mendaftar dan mempunyai akaun dalam perkhidmatan internet banking ini.

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana cara mendaftar internet banking Alliance Bank yang boleh Anda ikuti.

Langkah 1 (Mobile Phone Number Registration)

Siapkan satu nombor telefon aktif yang sering Anda gunakan. Seterusnya ikuti panduan dibawah:

  1. Sila pergi ke ATM Alliance bank terdekat
  2. Masukkan kad ATM
  3. Pilih bahasa English
  4. Masukkan PIN Anda (PRESS IF CORRECT)
  5. Tekan menu Other Services
  6. Tekan menu More Services
  7. Tekan menu Internet Banking Activation or Upgrade
  8. Masukkan nombor telefon Anda yang ingin di daftarkan (PRESS IF CORRECT)
  9. Selesai

Langkah 2 (Internet Banking Account Activation)

Selepas Anda berjaya mendaftarkan nombor telefon di ATM, langkah seterusnya Anda perlu aktifkan internet banking. Langkah-langkah cara aktivation internet banking boleh Anda lihat dibawah:

  1. Pergi ke laman AllianceOnline
  2. Klik First Time Registration
  3. Pilih ATM/Debit CardDaftar Alliance Internet Banking
  4. Masukkan 16 digit nombor ATM Anda dan PIN 6 digitOnline Banking Alliance Register
  5. Masukkan T-PIN yang dihantar ke nombor telefon Anda, klik submitT-PIN Alliance Bank
  6. Sila buat username, password, email address dan preferred nameRegister Online Banking Alliance Bank
  7. Masukkan secure pharse (maksimum 20 character)
  8. Pilih warna untuk keselamatan
  9. Check/centang Accept, klik butang submit
  10. Selesai

Berjaya mendaftar internet banking Alliance Bank? Sila cuba cara semak baki akaun Alliance bank online

Sekiranya Anda mendapat masalah, Anda boleh hubungi customer service Alliance bank melalui nombor telefon, email dan pergi ke cawangan bank terdekat.

  • Telefon : 03-5516 9988
  • Email : info@alliancefg.com

Itulah tutorial cara daftar Alliance bank online banking. Dengan memiliki akaun internet banking, Anda boleh dengan bebas membuat pelbagai macam transaksi melalui handphone Anda.