Cara Activate BSN Online Banking Aktifkan myBSN

Pada masa ni perkhidmatan perbankan internet semakin digemari oleh pelanggan bank BSN sebab dapat memberi kemudahan dalam transaksi secara online. Seperti perkhidmatan perbankan internet yang ditawarkan BSN oleh dikenali myBSN.

BSN online banking ialah akses kepada perkhidmatan perbankan internet BSN untuk pelanggan individu. Selain myBSN, BSN juga menyediakan BSNeBiz untuk usahawan atau syarikat.

Bagi kami mengakses perkhidmatan myBSN itu sangat mudah, namun ada sahaja yang masih keliru mengenai cara menggunakannya. Bermula dari cara register BSN online, cara login BSN online, hinggalah kepada transaksi kewangan seperti transfer ke sesama BSN, transfer ke akaun bank dan banyak lagi.

Bagi Anda yang mempunyai akaun BSN dan mempunyai pertanyaan macam mana cara nak daftar perbankan internet myBSN, cara activate BSN online banking dan apa sahaja kelebihan BSN online ni, dibawah kami kongsikan maklumat lengkapnya.

Activate BSN Online Banking
Activate BSN Online Banking

Activate BSN Online Banking

Kami nasihatkan Anda untuk baca artikel cara daftar perbankan internet BSN yang sebelum ini telah kami kongsi, selepas Anda membaca dan mendaftar myBSN, Anda perlu segera aktifkan akaun myBSN tersebut.

Terdapat 2 cara untuk mengaktifkan akses myBSN Anda:

Aktifkan BSN Online Banking di Cawangan

Sila dapatkan bantuan dari kakitangan BSN jika Anda berada di cawangan. Maknanya, Anda mesti pergi ke cawangan BSN yang berdekatan, lalu ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN yang terdekat.
  2. Ambil nombor giliran untuk keperluan pengaktifan BSN online banking.
  3. Lepas nombor giliran Anda dipanggil, sila cakap kepada staff bank kalau Anda nak aktifkan akaun myBSN Anda.
  4. Staff bank akan bantu Anda untuk aktifkan akaun myBSN Anda.
  5. Sebelum pergi ke cawangan bank, kami nasihatkan Anda membawa kad pengenalan dan kad ATM debit/kredit.

Selepas Anda aktifkan akaun myBSN, sila cuba semak baki akaun BSN secara online untuk melihat baki akaun terkini.

Aktifkan BSN Online Banking Melalui Telefon

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 / +603-2613 1900 (Luar Negara).

  1. Pastikan Anda mempunyai kredit yang cukup di telefon bimbit Anda.
  2. Sila call 1-300-88-1900 apabila Anda di Malaysia atau call +603-2613 1900 kalau Anda ada di luar negara.
  3. Beritahu staff bank BSN bahawa Anda nak aktifkan akses myBSN sehingga semua ciri dan fungsi myBSN boleh Anda gunakan.
  4. Selesai.

Anda dikehendaki untuk call pusat Khidmat Pelanggan BSN pada hari bekerja dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.